Monday 13 April 2015

GAMBAR MISTERI - AMARAN!! Jangan pandang lama-lama pada gambar ini

Pada mulanya kemunculan gambar ini memang mengerikan, dan ada yang tidak percaya. Sekitar awal tahun 2000, seorang guru sejarah telah melakukan research mengenai gambar tersebut dan mengakui cerita di sebalik gambar ini. Pada tahun 1920an ada seorang gadis berusia 17 tahun yang berasal dari keluarga yang kaya. Dia telah menemui lelaki idamannya. Lelaki tersebut berusia 19 tahun dan seorang yang cukup digilai di kampung tersebut kerana dia seorang yang tampan. Tanpa berlengah gadis ini melangsungkan pertunangan dengan si lelaki. Malangnmya sebelum upacara pernikahan sempat dijalankan, si gadis telah meninggal dunia kerana demam yang teruk. Dan mengikut tradisi di sana, lelaki harus juga berkahwin dengan gadis ini walaupun dia telah mati. Kerana enggan, lelaki ini melarikan diri dan menjadi seorang tentera.

Namun dengan harta dan pengaruh yang besar, keluarga gadis berjaya menemui dan membawa pulang lelaki tersebut. Nak tak nak lelaki tersebut dipaksa juga untuk berkahwin dengan gadis yang telah mati itu. Mayatnya dijaga dengan baik. Gambar ini diambil setelah 6 hari gadis itu mati. Pada waktu malam, mayat gadis didirikan dengan menggunakan sebuah papan. Jika diperhatikan dengan teliti, kelihatan kaki gadis tidak menyentuh tanah dengan baik. Suasana hujan lebat dan guruh sabung menyabung ketika gambar ini diambil.

Gambar durjana ini dikatakan disumpah kerana lelaki itu sangat tidak menginginkan perkahwinan tersebut. Dan si gadis ketika hidup benar-benar ingin menikahi lelaki tersebut. Kerana kemiskinan, keputusan keluarga gadis tidak dapat ditolak.

Dikatakan, jika kita merenung gambar ini untuk beberapa lama, dan jika gadis (mayat) di dalam gambar ini tiba-tiba tersenyum, bermakna sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda.

Sumber : http://www.ammboi.com

No comments:

Post a Comment

Lain-lain