Tuesday, 18 February 2020
ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL AKIBAT SERANGAN JANTUNG
JAKARTA: Pelakon, Ashraf Sinclair, 40, suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.
Portal berita KOMPAS.com melaporkan, perkara itu disahkan pengurus BCL, Doddy.
"Serangan jantung," kata Doddy, melalui pesan ringkas awal pagi ini.
Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.
Berita kematian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, itu mengejutkan banyak pihak dan laman Instagram arwah dibanjiri ucapan takziah.
"Semoga dipermudah semua urusannya, semoga dikuatkan keluarganya. Still can't believe this is happening," tulis pelakon Dian Sastrowardoyo melalui akaun Instagram @therealdisastr.
Begitu juga di laman Instagram BCL, di mana ramai rakan artis menyampaikan ucapan takziah.
Ashraf dilahirkan di London, England pada 18 September 1979.
Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.
Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.
Ashraf Sinclair kemudian meneruskan kariernya di Indonesia dan popular menerusi filem komedi romantis, Saus Kacang, pada 2008 dan beberapa siri sinetron (drama bersiri).
Perkahwinannya dengan BCL dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair. - Agensi
kREDIT : bharian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lain-lain
-
Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/) WonBin: Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara....
-
Setelah begitu resah, bimbang dan sedih atas kerosakan kaumnya, Rasulullah SAW pergi menyendiri (bertahannuth) di gua Hira’. Baginda nekad...
-
JAKARTA: Pelakon, Ashraf Sinclair, 40, suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), meninggal dunia a...
-
The Grudge: 3 Januari 2020 Jika kamu fikir filem original The Grudge ini sudah sangat menyeramkan, bayangkan bagaimana pula remake filem in...
-
B agi peminat cerita dan movie seram pasti ramai yang mengetahui ada diantaranya adalah berdasarkan kisah sebenar yang berlaku di sesua...
-
Sungai sebenarnya adalah sumber air bagi warga sekitarnya dan bisa juga sebagai sumber mata pencaharian bagi nelayan. Akan tetapi banyak sek...
-
SELAIN terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa, mandi menggunakan air bukit dan terpaksa membuang air besar atau kecil di hadapan as...
-
GUA MUSANG: Remaja lelaki yang hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, malam kelmarin, ditemu...
-
Assalamualaikum w.b.t Sudah lama admin AIM tidak menulis, semalam AIM lepak sorang-sorang kat rumah dambil layan youtube. Di ruangan search...
-
"Balik kampung nanti kita wajib ikut LALUAN GUA SEJUK", Inilah ayat yang selalu disebut-sebut ...


ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^
ajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.biz...^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856