Pengalaman Menyeramkan Di Bekas Hospital Brsalin Pulau Pinang | Sebuah bangunan berusia 99 tahun dan pernah digunakan sebagai berek tentera ketika zaman pemerintahan British dan hospital tentera laut ketika zaman pendudukan Jepun menjadi tempat sekumpulan 40 orang menimba pengalaman menarik apabila tidur di bangunan tua itu selama dua malam.
Bangunan di Nombor 57, Jalan Macalister itu juga pernah menempatkan hospital bersalin yang dikatakan telah menyaksikan kelahiran lebih 60,000 orang bayi, sebelum operasinya dipindahkan ke Jalan Residensi pada tahun 1955.
Bangunan itu digazetkan sebagai muzium pada 2010 dan merupakan muzium ketiga di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Pulau Pinang, selain di Lebuh Farquhar dan Balai Seni Lukis di Dewan Sri Pinang.
Melihat kepada usia dan sejarahnya yang panjang, soalan nakal yang sering dibangkitkan orang ramai terutama pengujung muzium ialah apakah bangunan berhantu?
“Hendak menafikan atau mengiyakan (bangunan berhantu), sukar untuk kami perkatakan…jadi dari sinilah ilham untuk menganjurkan program ini muncul, supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman menyeramkan itu,” kata Pengarah Muzium Pulau Pinang, Haryany Mohamad.
Katanya para peserta menimba pengalaman itu menerusi program ‘Semalaman di No 57, Jalan Macalister’ selama dua malam bermula Jumaat malam lepas.
Jadi persoalannya adakah bermalam di bangunan ini menyeramkan?
“Tidur dalam muzium ini bukanlah sesuatu yang mengerikan, sebaliknya ia pengalaman menyeronokkan selain dapat menambah ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sejarah.
“Seronok sekali-sekala dapat berkumpul ramai-ramai dan dapat berkongsi cerita seram sebelum tidur… dah lama tidak buat begini,” kata Hallan Hashim, 23, penuntut tahun akhir jurusan pengurusan Universiti Sains Malaysia yang merupakan salah seorang peserta program itu.
Beliau berkata petugas muzium memakai kostum doktor, jurubedah, jururawat dan pembantu perubatan bagi mengimbau kembali suasana sebuah hospital.
Katanya peserta juga dipertontonkan dengan lakonan menyambut kelahiran bayi di bilik bersalin selain dibawa melawat bilik bedah mayat dan lebih mengujakan melihat video rakaman insiden menyeramkan seperti kerusi bergerak sendiri yang dikatakan pernah berlaku di dalam bangunan itu.
Mereka turut dihidangkan dengan makanan ala hospital seperti bubur nasi dan sup dalam dulang plastik.
Cameron Kang, 23, seorang ejen insurans pula berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa depan kerana ramai rakan-rakannya tidak dapat mengikutinya disebabkan penyertaan yang terhad. – BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lain-lain
-
Berikut 5 Hantu Paling Menyeramkan di Filipina 1. Aswang Aswang (atau Asuwang) adalah makhluk mitologi menyerupai vampir yang ada dalam c...
-
Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/) WonBin: Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara....
-
Tiap negara memiliki hantu khas daerahnya masing-masing. Bisa dipahami karena keberadaan legenda memedi yang biasanya merupakan kepercayaan ...
-
Asal Usul Penanggal Penanggal menurut kepercayaan ramai adalah manusia biasa tetapi sebagai balasan atas permintaannya Yang telah dipenuh...
-
Artikel diambil dari http://mirhazilazran.wordpress.com/2009/06/26/michael-jackson-29081958-25072009/ untuk dikongsi bersama. Saya bukanlah ...
-
SEKITAR November 2013, penduduk Kampung Penaga Putar di Jerteh, Terengganu mendakwa terserempak dengan hantu langsuir yang terbang meray...
-
G angguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bil...
-
Bilik Mayat | Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. ...
-
GUA MUSANG: Remaja lelaki yang hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, malam kelmarin, ditemu...
-
Sumber dari Palingseru.com – Banyak cerita dan kisah mengenai hantu atau setan yang suka berhubungan seks dengan manusia nah salah satuny...

No comments:
Post a Comment