Thursday, 24 November 2016

LUAHAN HATI SUAMI TERMAKAN NASI KANGKANG DARI ISTERI

Luahan Hati Suami Termakan Nasi Kangkang Isteri | “Saya tak tahulah sama ada cerita nasi kangkang itu betul atau tidak, tetapi melalui pembacaan dan rujukan, saya terasa nasib diri saya sebagai suami ada kaitan dengan nasi kangkang.”

Itu permulaan cerita Saifuddin Bahari dari Pandamaran, Kelang yang kesal tidak mampu berbuat apa-apa selain mengikut sahaja apa kata isteri sejak berkahwin empat tahun lalu.

“Usia perkahwinan kami masih muda dan kami pun masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi selama berkahwin, saya jadi seperti pak turut yang disuruh duduk saya duduk, disuruh berdiri, saya berdiri.

“Saya langsung tak berani bersuara dan hanya mendiamkan diri melihat perangai isteri saya memang tidak seperti isteri-isteri rakan-rakan yang begitu menghormati suami,” cerita lelaki berusia 32 tahun ini.

Bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, Saifuddin berkata, rumahtangganya dibina atas dasar cinta yang terjalin selama dua tahun.

“Ketika berkawan, isteri saya merupakan seorang gadis yang penuh sopan santun dan kalau bercakap suaranya amat perlahan.

“Memang itulah yang menjadi tarikan saya untuk menjadikan Laila suri hidup dan dia tidak menolak apabila saya menyuarakan isi hati.

“Segalanya berjalan lancar sehinggalah tiba hari pernikahan yang disambut penuh meriah dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai,” katanya.

Jelas Saifuddin, dia merasakan dirinya amat bertuah kerana berjaya memiliki Laila yang disifatkan cukup sempurna sebagai isteri.

“Kami berbulan madu di Cheng Mai, Thailand selama satu minggu dan hidup saya ketika itu amat bahagia apa lagi isteri tersayang ada bersama.

“Saya sering berangan agar hubungan kami ini akan kekal selamanya begitu dan tidak putus berdoa agar cepat dikurniakan zuriat untuk menyerikan lagi kebahagiaan kami.

“Malangnya, hubungan yang diharapkan itu cuma dirasai selama satu bulan sahaja selepas kami menjadi suami isteri,” jelasnya.

Menurut Saifuddin, dia tiba-tiba merasakan dirinya terlalu kecil dan semakin hari semakin takut untuk bertentang mata dengan isterinya sehinggalah ke hari ini.

“Saya tidak diperlakukan seperti seorang suami, sebaliknya saya sering dijadikan seperti budak suruhan untuk buat itu dan ini.

“Hairannya, saya tidak pernah membantah dan tidak boleh bersuara pun untuk mengatakan tidak pada setiap arahannya.

“Hubungan kelamin sempat berlaku selama setahun sahaja dan selepas itu, saya tidak berupaya untuk bersamanya seperti orang hilang selera makan,” ujarnya lagi sambil meneguk minuman yang dipesan.

Saifuddin berkata, keluarganya tidak pernah tahu masalah yang dialaminya kerana Laila cukup pandai berlakon bila mereka pulang ke kampung.

“Arwah ibu saya pernah bertanya kenapa saya seperti orang sakit dan tidak setegas dulu tetapi saya bagi alasan umur yang semakin meningkat menyebabkan perangai asal turut berubah.

“Laila cukup baik dengan keluarga saya dan memang tidak akan nampak ada masalah dalam hubungan kami selama ini.

“Lagi pun dia tak pernah meninggikan suara pada saya dalam keadaan apa sekali pun menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya,” ceritanya lagi.

Soal makan minum kata Saifuddin, sejak mereka tidak berhubung kelamin, Laila tidak lagi menyediakan makan minumnya.

“Sesekali kalau dia masak, pandai-pandailah saya ambil dan makan sendiri. Untuk makan bersama memang sangat jarang berlaku.

“Sebenarnya saya tidak patut bercerita hal rumahtangga pada orang lain tetapi saya sangat tertekan memikirkan apa kesudahan nasib saya. Adakah saya dayus dan tidak layak bergelar suami?

“Adakah benar saya termakan ‘nasi kangkang’ hasil perbuatan isteri sendiri menyebabkan saya sukar untuk melepaskannya?,” soal Saifuddin.

Bukan untuk menuduh isteri sendiri tetapi apa yang dibaca selama ini semakin mencelarukan fikirannya.

Nasi kangkang bukan dongeng

KEMAMAN – Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Safie mendedahkan masih terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kangkang bukan sahaja untuk menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan memporak-perandakan kebahagiaan jiran tetangga seperti kes yang terjadi di Dungun.

Shamsuri berkata, kisah nasi kangkang bukan cerita dongeng, sebaliknya sihir itu masih lagi menjadi amalan segelintir kecil wanita untuk mencapai matlamat s0ngsang mereka. – SUMBER

Friday, 18 November 2016

KISAH BENAR : PENGALAMAN SERANM HOSPITAL BERSALIN PULAU PINANG

Pengalaman Menyeramkan Di Bekas Hospital Brsalin Pulau Pinang | Sebuah bangunan berusia 99 tahun dan pernah digunakan sebagai berek tentera ketika zaman pemerintahan British dan hospital tentera laut ketika zaman pendudukan Jepun menjadi tempat sekumpulan 40 orang menimba pengalaman menarik apabila tidur di bangunan tua itu selama dua malam.

Bangunan di Nombor 57, Jalan Macalister itu juga pernah menempatkan hospital bersalin yang dikatakan telah menyaksikan kelahiran lebih 60,000 orang bayi, sebelum operasinya dipindahkan ke Jalan Residensi pada tahun 1955.

Bangunan itu digazetkan sebagai muzium pada 2010 dan merupakan muzium ketiga di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Pulau Pinang, selain di Lebuh Farquhar dan Balai Seni Lukis di Dewan Sri Pinang.

Melihat kepada usia dan sejarahnya yang panjang, soalan nakal yang sering dibangkitkan orang ramai terutama pengujung muzium ialah apakah bangunan berhantu?

“Hendak menafikan atau mengiyakan (bangunan berhantu), sukar untuk kami perkatakan…jadi dari sinilah ilham untuk menganjurkan program ini muncul, supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman menyeramkan itu,” kata Pengarah Muzium Pulau Pinang, Haryany Mohamad.

Katanya para peserta menimba pengalaman itu menerusi program ‘Semalaman di No 57, Jalan Macalister’ selama dua malam bermula Jumaat malam lepas.

Jadi persoalannya adakah bermalam di bangunan ini menyeramkan?

“Tidur dalam muzium ini bukanlah sesuatu yang mengerikan, sebaliknya ia pengalaman menyeronokkan selain dapat menambah ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sejarah.

“Seronok sekali-sekala dapat berkumpul ramai-ramai dan dapat berkongsi cerita seram sebelum tidur… dah lama tidak buat begini,” kata Hallan Hashim, 23, penuntut tahun akhir jurusan pengurusan Universiti Sains Malaysia yang merupakan salah seorang peserta program itu.

Beliau berkata petugas muzium memakai kostum doktor, jurubedah, jururawat dan pembantu perubatan bagi mengimbau kembali suasana sebuah hospital.

Katanya peserta juga dipertontonkan dengan lakonan menyambut kelahiran bayi di bilik bersalin selain dibawa melawat bilik bedah mayat dan lebih mengujakan melihat video rakaman insiden menyeramkan seperti kerusi bergerak sendiri yang dikatakan pernah berlaku di dalam bangunan itu.

Mereka turut dihidangkan dengan makanan ala hospital seperti bubur nasi dan sup dalam dulang plastik.

Cameron Kang, 23, seorang ejen insurans pula berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa depan kerana ramai rakan-rakannya tidak dapat mengikutinya disebabkan penyertaan yang terhad. – BERNAMA

PULAU POVEGLIAN, PULAU PALING SERAM DI DUNIA


 

Pulau Poveglian Paling Seram di Dunia | Poveglian, sebuah pulau di Itali, adalah pulau yang mendapat predikat pulau paling seram di dunia. Pulau itu adalah bekas pembuangan orang-orang yang mengalami sakit jiwa. Pulau seram itu berlokasi di Tanjung Venice, dan dikahbarkan dihuni oleh hantu terbanyak di dunia. Sekitar 50 persen debu dan tanah di pulau itu merupakan debu dan abu sisa pembakaran manusia yang meninggal disana.

Pulau Poveglian digunakan sebagai pembuangan sejak abad ke-14, saat itu untuk membuang tahanan. Di abad ke-18, pulau itu kemudian digunakan sebagai tempat kuaratin bagi orang yang mengalami masalah kejiwaan. Tahun 1922, sebuah rumah sakit berikut laboratorium dan kapel didirikan disitu untuk rehabilitasi dan penampungan bagi orang yang mengalami sakit jiwa.

Pulau Poveglian Paling Seram di Dunia2

Namun, kahbarnya para psikiatris dan petugas di rumah sakit itu sering menyiksa dan menjagal pesakit-pesakintya dan diperkirakan sekitar 160 ribu orang meninggal di pulau tersebut. Pada saat penjelajahan, awal tahun 2000, ditemukan sekitar 1.500 kerangka tengkorak manusia yang tampal di dinding batu dan tanah.

Pemimpin rumah sakit jiwa itu dikahbarkan meninggal akibat bunuh diri dengan melompat dari atap . Rumor mengatakan bahwa ia didorong oleh para hantu yang menjadi mangsanya. Namun baru-baru ini, TravelChannel memberitakan bahawa pulau Poveglia dijual oleh pemerintah setempat, untuk membayar hutang negara yang semakin banyak.

Sumber

SERAM : Petronas Subang


Kisah Menyeramkan Di Petronas Jalan Subang Airport | Ini merupakan pengalaman dan kisah benar seorang lelaki yang mana sangat menyeramkan. Kejadian berlaku di Petronas Jalan Subang Airport.

Aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb…. Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa
punya angin atau buang tebiat agaknya… aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik… bodoh punya perancangan.

Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer… tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon… hampeh… badan letih boleh perah otak ke… tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi “Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau”, aku jawap ” Ok…” jer…,

Kepala otak menerawang… kat mana aku nak beli tengah malam buta ni…, sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda… merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la… janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb…

Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah… selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu…., aku rasa lain macam jer…. bila masuk jalan besar… aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer… dalam hati aku berkata “something wrong somewhere” dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh… berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah….

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang… alamak kompom ada something kat kerusi belakang …, lepas tu…. aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang… tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya…nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho….

Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra…, bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti… kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan… mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya… sayangnya muka dia aku tak nampak… adakah secantik model kapal selam atau secantikmodel Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie… aku tak pasti

Aku kata padanya “Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ” korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap… gagap… macam MB Selangor tu… kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali… tapi nak buat macam mana, darurat…beb… itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik… kalau tak macam manalah suara dia… sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya…

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi…, tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan….. terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada… aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dadaaku, perut aku semuanya tak tenteram… barcampur baur jadinya… tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang… macam takda apa-apa jer…. tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu… pelik juga… atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya… pasal tu takda respons…kecewa betul…

Sampai jer… kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia ” Ok… saudari kita dah sampai… boleh turun di sini” sambil menjeling cermin pandang belakang… alamak apasal dia ada lagi… tak nak turun ke… dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula… kacau macam ni…dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang… minah tu dah takda…, aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian…. wokeh … kompom dia dah blah… masa bila dia keluar pun aku tak tau… pantas betul…

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah… aaminnn…. dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi… pecut kereta semahunya… aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer… berdesup perginya… tengok meter… fuhhh… 160… aku slowdown… sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi…. manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi… sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan… macam bau bunga melor kalau tak silap aku… dan aku pun malas nak ambik pot… sangat… pasal bau tu… janji aku selamat.

Sampai jer… di luar pagar rumah… aku teringat pesan orang tua-tua… aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layanastro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah…. cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata…. masih terbayang-bayang lagi pada minah tu…. adakah aku dah jatuh cinta padanya…. ha..ha..ha… minta laluan… minta…laluan… idak ler…teman…

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh… mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya… apa pun syukur alhamdulillah… sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.

Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya… padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh…. bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.

Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu… dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga.

Jadi itulah pengalaman “Jangan Pandang Belakang” yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi… tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu… manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu… untung sabut timbul… boleh buat bini

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi… aku ingatkan hanya rekaan semata-mata… rupanya real…. wa cakap lu…. tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya… sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua… walau apa pun… Innalillah..hiwainalillah…hirrajiun…. semuanya dalam kekuasaanNYA.

Sumber

KENAPA JIN MERASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA?


Sebab Mengapa Jin Merasuk Dalam Tubuh Manusia | Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya.” Tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

“Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.” katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Sumber

Monday, 10 October 2016

POCONG DI RAKAM DEKAT BILIK MAYAT HOSPITAL


Kulim : Lain yang dirakam, lain yang dapat! Seorang kakitangan awam terkejut apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital, malam kelmarin.

Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan.

Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong si laluan bilik mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia.

“Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” katanya.







Sumber : http://ohviral.blogspot.my

SERAM : MISTERI TETAMU TIDAK DIUNDANG DALAM GAMBAR

Tiada yg mane layak diuji oleh syaitan dan jin dimana mereka hanya menyorak gembira kerana kita digolongan mereka sbg ahli neraka di akhirat kelak..mengapa??? "Sebaiknya manusia itu akan lebih baik drpd para malaikat,tetapi Sejahatnya manusia itu adalah lebih jahatnya daripada iblis lakhnatullah" apa motifnya?hanya untuk menakutkan makhluk yg juga dicipta dari Allah..INGATLAH hanya satu sahaja yg perlu yang kita takutkan ialah ALLAH S.W.T...Dan FIKIRKAN positif sekiranya berlaku sekalipun gangguan seperti Ini lihatlah mereka juga makhluk CIPTAAN ALLAH yg tidak perlu kita takut selain daripada ALLAH S.W.T.

Mcm ni la sye nk ckp..rupa jin bnyk..kekadang leh mnjelma dlm plbagai rupa bntuk..ade bntuk manusia..ular..kala jngking dan sbgai nya..jin pula trbahagi kpd dua golongn..golongn prtama jin islam dan golongn kdua bkn jin islam..jin dan iblis ni mkhluk allah gak..ade diceritakan bngsa jin ni dlm al quran dlm surah jin..ade mngisahkn bngsa jin ni...allah dah printahkn jin iblis dan mnusia supaya tunduk sembah allah..stu makhluk jer x sujud sembah allah iaitu iblis..sbb die angkuh ngn allah taala..mungkin jua yng trnmpk klibt makhluk ni mungkin asal silah tmpt die tinggal dahulu atau orng buat kerja khurafat..untuk mngatasi bnda ni agar x mnggnggu kita bacalah 4 kul,alfatihah dan ayat qursi. Ia dpt mmbenteng diri kita dari dikacau atau di gnggu mkhluk niy...wallahualam bill sowaf.

Sumber : http://pensilone.blogspot.my/2016/10/abaikkan-gadis-atas-katil-ni-tapi-cuba.html

Thursday, 26 May 2016

PONTIANAK ATAU MATIANAK??

Apakah Matianak ini? Matianak adalah sejenis hantu atau golongan jin yang tempat tinggalnya di kawasan paya dan hutan. Dari segi fizikal matianak tidak ada bezanya dengan pontianak ini kerana asal-usulnya sama sahaja. Menurut orang-orang tua matianak ini mempunyai dua cangkuk di belakang badan dan juga juga di depan badannya. Itu memudahkan ia bergayut di pokok dan cangkuk di depan kegunaannya untuk menyambar mangsa.


Asal usul matianak ini adalah seorang perempuan sarat mengandung yang telah kematian suami dan menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya. Akhirnya dia telah mati ketika melahirkan anaknya. Orang kampung bersepakat untuk tidak mengebumikan jenazah perempuan yang mati mengandung itu kerana ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah suku kaum mereka. Jadi mayat perempuan yang mati itu telah diletakkan di pokok ara dan telah dibuat seperti para-para di atas pokok untuk meletakkan mayat perempuan tersebut. Kemudian bermulalah kemunculan matianak.

Gangguan matianak kepada manusia dengan cara membuat tangisan bayi, nyanyian mendayu, cakaran di dinding atau pokok serta menjatuhkan daun-daun pucuk muda. Sekiranya kita duduk di bawah pokok dan tiba-tiba banyak daun-daun pucuk muda jatuh maka anda disarankan berhati-hati atau cara mudah iaitu melarikan diri. Matianak juga suka mengganggu perempuan yang bersalin dengan menahan kandungan keluar dari perut ibu. 

SERTAI PARTI LIAR, 14 ANAK MUDA DITAHAN KHALWAT BERAMAI-RAMAI

Seramai 14 anak muda termasuk empat wanita ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) selepas dipercayai menyertai parti liar di sebuah apartment di Jalan Hamzah, semalam.

Semua suspek berusia 17 hingga 25 tahun itu ditahan dalam serbuan bersepadu yang turut disertai oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kira-kira pukul 10.30 pagi.

Semasa serbuan dilakukan di sebuah bilik di tingkat 17 bangunan itu, hampir keseluruhan mereka berada dalam keadaan khayal akibat pengambilan dadah jenis pil kuda.

Difahamkan, parti liar itu diadakan bermula lewat malam hingga ke pagi dengan diiringi muzik kuat bagi meraikan seorang rakan mereka.

Walau bagaimanapun, rakan mereka yang diraikan terlebih awal meninggalkan bilik sebaik parti tamat, manakala yang lain masih berada di bilik terbabit kerana dikatakan khayal akibat pengaruh dadah.

Seorang gadis berusia 25 tahun yang terlibat dengan parti itu memberitahu, dia menyertai parti tersebut pada pukul tiga pagi setelah diajak oleh rakannya.

“Hari ini saya tidak bekerja jadi datang ke bilik ini untuk berhibur bermula pukul 3 pagi tadi. Saya tidak mengambil dadah, saya hanya menghisap rokok sahaja,” katanya.

Pembantu Hal Ehwal Islam JAHEIK, Mat Jusoh Seman berkata, pihaknya menerima makluman daripada pihak MPKB-BRI berhubung beberapa orang lelaki dan perempuan bukan muhrim berada dalam sebuah bilik di tingkat 17 bangunan ini.

“Setibanya di bilik berkenaan pihak penguatkuasa terpaksa mengetuk pintu bilik kira-kira 30 minit sebelum dibuka. Pemeriksaan di bilik terbabit kita menemui 10 lelaki dan empat wanita.

“Kesemua mereka ditahan dan dibawa pejabat JAHEIK untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 9 (3) dan (4) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan kerana khalwat beramai-ramai,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Kelantan, Aman Mustapha berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati kesemua gadis terbabit serta lapan lelaki lain berada di bawah pengaruh dadah

“12 daripada suspek yang ditahan termasuk empat gadis didapati positif mengambil dadah jenis Amphetamine dan tindakan akan dibuat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah,” katanya. – 26 Mei 2016.

Lain-lain