Friday, 18 November 2016
KENAPA JIN MERASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA?
Sebab Mengapa Jin Merasuk Dalam Tubuh Manusia | Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.
Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya.” Tambahnya.
Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.
Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
“Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.” katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.
Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lain-lain
-
Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/) WonBin: Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara....
-
Artikel diambil dari http://mirhazilazran.wordpress.com/2009/06/26/michael-jackson-29081958-25072009/ untuk dikongsi bersama. Saya bukanlah ...
-
*Nama asal Cik Wan Kembang *Kematian ayah sejak usia empat tahun *Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah *Menjadi r...
-
~ 1001 RAHSIA MIMPI ~ PENDAHULUAN Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseora...
-
Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya men...
-
KISAH menyayat hati ini kami siarkan sesuai dengan isu semasa yang dipaparkan, tentang gejala sosial muda-mudi, anak-anak kita yang sudah ...
-
"Balik kampung nanti kita wajib ikut LALUAN GUA SEJUK", Inilah ayat yang selalu disebut-sebut ...
-
M ungkin ada yang tak sanggup baca info ni kalau dah lewat malam. Apatah lagi kalau dok seorang diri. Apapun, jangan risau, yakin adanya ...
-
Ada yang ambil remeh tentang ini..bila ditegur mereka akan kata jangan terlalu taksub, tetapi sedarkah kita sedang menyokong agenda mereka.A...
-
Tutuplah pintu sewaktu maghrib Pernahkah kalian mendengar larangan “jangan keluar mahgrib-magrib, banyak mahluk halus”! Bahkan larang...
No comments:
Post a Comment