MISTERI kehilangan Mohamad Ashraf Hasan, yang sudah memasuki hari ke-11 ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak masih menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia yang bimbang dengan nasib yang menimpanya.
Lebih menghibakan, video rintihan ibu kepada pemuda berusia 29 tahun yang lebih mesra dengan sapaan Acap yang memanggilnya ketika menyertai pasukan mencari mengundang sebak netizen.
Kehilangan Acap sejak 23 Mac lalu juga telah menimbulkan pelbagai versi dalam kalangan netizen yang membincangkan punca dia 'ghaib' tanpa sebarang petunjuk termasuk dikatakan disembunyikan oleh bunian.
Usaha, doa dan tawakal kepada Allah menjadi pegangan kepada sukarelawan dalam usaha mencari Acap Foto Ihsan Facebook TOK ANJANG |
Malah turut diceritakan pelbagai kejadian misteri berlaku kepada sukarelawan yang menyertai misi pencarian Acap di lokasi kejadian seperti diganggu makhluk halus serta penampakan kelibat serta pelbagai lagi.
Salah seorang sukarelawan itu, Amiruddin Daud, 58 ketika dihubungi mStar Online turut berkongsi pengalaman menyeramkan sepanjang beberapa hari misi pencarian itu.
Amiruddin atau lebih dikenali sebagai Tok Anjang berkata, gangguan di dalam hutan sebenarnya adalah perkara biasa, tambahan pula ia menjadi tempat tinggal makhluk yang tidak dapat dilihat mata kasar manusia.
Sukarelawan giat mencari Acap sehingga ke Bukit Batu Putih Gopeng. |
Enjin motosikal, lagu berentak Inang peneman pencarian Acap
Pun begitu kata Tok Anjang, ketika misi pencarian Acap, beberapa kenalannya yang turut mengikuti misi itu telah berhadapan dengan situasi cemas termasuk didatangi oleh seorang lelaki tua yang cuba memberi alamat tentang keberadaan Acap.
"Ada rakan Tok Anjang ni tidak percaya kepada perkara mistik tetapi akhirnya dia sendiri yang kena apabila didatangi seorang lelaki tua ketika kami sedang khusyuk membaca al-Quran dan berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah.
"Tidak mengesyaki apa-apa, lelaki itu mendekatinya dan cuba memberi petunjuk tentang keadaan dan tempat Acap disembunyikan sebelum menghilangkan diri.
"Lebih pelik tiada siapa di antara kami yang perasan akan kehadiran lelaki tua itu sebelum dia hilang dari pandangan rakannya itu," ceritanya lagi.
Tidak cukup dengan itu, kata Tok Anjang, sepanjang berada dalam hutan terdapat kejadian mereka tiba-tiba disentuh pada bahagian kepala atau bahu.
"Terlihat kelibat makhluk mungkin biasa tetapi ketika mencari Acap kami pernah terdengar bunyi enjin motosikal serta lagu tradisional berentak Inang yang membuatkan kami saling berpandangan antara satu sama lain.
Kumpulan 30 ustaz masuk hutan bantu cari Acap
Bacaan Surah Al-Baqarah dan ayat Ruqyah sentiasa diamalkan ketika memulakan misi pencarian. |
"Pada akhirnya kita berpegang pada satu bahawa misi kami adalah untuk membawa Acap pulang dengan selamat dan semua gangguan itu anggap sahaja ujian daripada Allah," katanya yang mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti mendaki gunung dan merentas hutan.
Bercakap mengenai misteri kehilangan Acap kerana disorok bunian, Tok Anjang tidak menolak kemungkinan itu kerana ia pernah berlaku sebelum ini.
Malah katanya, seramai 30 ustaz dan pakar dalam perubatan Islam telah dibawa masuk ke hutan tersebut dalam usaha membawa pulang Acap dengan selamat tetapi setakat ini masih gagal.
"Mungkin ada yang kata ia mengarut tetapi bunian ini memang wujud dan ia juga makhluk ciptaan Allah... Sebelum ini juga pernah ada kejadian dua minggu seorang lelaki hilang tanpa dikesan namun akhirnya dijumpai walaupun usaha mencari ditempat dia dijumpai dilakukan lebih awal lagi.
"Usaha adalah penting buat masa ini dan Alhamdulillah setakat ini sahaja 30 ustaz tampil membantu sama-sama masuk ke hutan, panjat bukit dalam misi mencari Acap.
"Beberapa siri perbincangan dengan bunian juga telah dilakukan, namun sehingga kini nampaknya usaha itu gagal kerana enggan melepaskan Acap," katanya.
Acap dari Muar, Johor bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer sebelum kehilangannya disedari oleh rakannya meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.
Kredit : mstar
AJO_QQ poker
ReplyDeletekami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856