Saya bukanlah peminat Michael Jackson, namun saya membesar dengan muzik & lagu-lagunya. Lagenda ini amat hebat di zaman kegemilangannya malah hingga kini. Kehebatan beliau dikatakan setanding mendiang Elvis Presley.
Suka-suka, setelah membaca berita kematian mengejut beliau, saya melakukan sedikit analisis TARIKH LAHIR untuk mendiang. Bagi saya, segalanya ada pertunjuk Illahi. Alangkah hebatnya jika kita dapat belajar dan ‘merenung’ yang tersurat dan tersurat. Mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari. Buat bekal pada diri..
SEBUAH ANALISIS TARIKH LAHIR untuk insan bernama MICHAEL JACKSON.
Analisis:
1. Hari kelahiran beliau adalah JUMAAT dan Jumaat adalah hari ke 6 dalam kiraan hari dalam seminggu.
2. Secara numerologi tarikh kelahiran beliau adalah 2+9+8+1+9+5+8 = 42 @ 4+2 = 6.
3. Hari kematian beliau diwartakan pada 2:26 ptg tanggal 25hb Jun, 2009. Numerologinya seperti berikut: 2+5+6+2+9 = 24 @ 2+4 = 6.
4. Dari data ini didapati beliau lahir pada nilai gematrikal (Gt) 6 dan meninggal dunia juga pada nilai Gt 6. Nilai Gt 6 ini pula hadir dari jumlah 42 (untuk kelahiran) dan 24 (untuk kematian). Kedua angka ini seolah-olah CERMIN atau dikenali sebagai NOMBOR CERMIN. Kita maklum bahawa untuk mendapatkan nilai Gt 6 hasil campuran dua digit angka boleh juga hadir dari jumlah 15 (1+5=6) atau 33 (3+3=6) atau 60 (6+0=6) atau 51 (5+1=6). Menariknya bagi analisis ini, angka kelahiran 42 seolah muncul kembali dalam bentuk cermin iaitu pada tarikh kematian 24. Adakah ini kebetulan atau ada sesuatu ‘pertunjuk’ disebaliknya..
5. Dikatakan bahawa Pihak 911 (talian kecemasan US) menerima panggilan kecemasan dari kediaman Michael Jackson tepat jam 12:21 pm. Fakta numerology: 1+2+2+1 = 6.
6. Sekiranya mengikut kaedah “Pythagorean Triangle” (The Book of Numerology by Hal A Lingerman, 1992), tarikh kelahiran 29hb Ogos, 1958 dipetakan sebagai berikut: (Perhatikan pada PETA PYTHAGORAS; angka 2 & 4 (yang tadinya merujuk kepada tarikh kematian beliau) muncul SEBARIS di awal dan di akhir pada ARAS 1 rajah yang memetakan tarikh kelahiran beliau. Seolah-olah ada bayangan cermin pada angka-angka dalam fakta ini. Adakah ini kebetulan…?)
7. Manakala jika menggunakan kaedah pemetaan yang sama untuk tarikh kematian 25hb Jun, 2009 : (Perhatikan pada PETA PYTHAGORAS; angka 4 & 2 (yang sebelumnya dikenali sebagai tarikh kelahiran) muncul SEBARIS pada ARAS KEDUA rajah. Sekali lagi fakta bayangan cermin muncul. Adakah ini kebetulan…?)
8. Lebih menarik lagi, tatkala cuba melihat tarikh kelahiran beliau dalam kaedah kalendar Hijriah (Lunar), 29hb Ogos 1958 bersamaan dengan 13 Safar 1378 (H). Dan jika diplotkan secara Pythagoras; data yang didapati adalah seperti berikut: (Perhatikan pada PETA PYTHAGORAS; angka 4 & 2 & 4 muncul SEBARIS di awal rajah. 42 dan 24 seolah bertindih (pada angka 2) menjadikan 4 : 2 : 4. Sekali lagi fakta bayangan cermin muncul dan menariknya kini ia berada pada SECARA BERTINDIH dan SEBARIS. Malah nombor akhir yang muncul di baris tersebut adalah angka 6. Adakah ini kebetulan…? )
9. Menurut ILMU NUMEROLOGI, jika nama ‘Michael’ diplotkan nombor-nombornya, nilai Gt yang terhasil adalah 4+9+3+8+1+5+3 = 33 @ 3+3 = 6. Angka 6 ini sama seperti angka Gt Kelahiran & Kematian. Masih ingat fakta no 5 di atas, panggilan kecemasan 911 yang diterima tapat jam 12:21; angka ini boleh dilihat (dibaca) sebagai 3:3. Dan nilai nama Michael adalah 33.
10. Jika nama ini ditulis secara penuh iaitu ‘Michael Jackson’, nilai Gt yang terhasil adalah seperti berikut: 4+9+3+8+1+5+3 + 1+1+3+2+1+6+5 = 33 + 19 = 52 @ 5+2 = 7. Angka 7 ini adalah sama seperti nilai Gt tarikh kelahiran mengikut Kalendar Hijriah (fakta no 8 di atas). Juga, kita maklum bahawa secara kalendar Hijrah kita telahpun berada di bulan REJAB dan rejab adalah bulan ke 7. Tarikh kematian Michael Jackson 25hb Jun 2009 adalah bersamaan 02hb Rejab, 1430.
11. Nilai Gt bagi nama Michael Jackson adalah 52 (5+2 = 7). Tarikh kematian beliau adalah 25 (2+5 = 7). Fakta 52 : 25 atau 7 : 7 adalah ‘Nombor Cermin’.
12. Pihak Hospital membuat pengesahan kematian Michael pada jam 2:26 pm. Perbezaan masa dari panggilan kecemasan 911 yang diterima (jam 12:21 pm) adalah 2 jam 05 minit. Fakta numerologi 2+5 = 7.
Sekadar untuk PERKONGSIAN. Saya sertakan ANALISIS RAHSIA TARIKH LAHIR untuk Mendiang Michael Jackson untuk renungan bersama. Analisis ini dapatlah kita sandarkan dengan realiti kehidupan beliau dengan menilai perjalanan hidup beliau secara umum. Analisis kelahiran ini adalah mengikut kalendar masihi. Seandainya mendiang Michael Jackson ini seorang MUSLIM, saya akan cuba buat penganalisaan RAHSIA TARIKH LAHIR ISLAMIK nya kelak.
!! Artikel diatas adalah untuk sekadar berkongsi, Allah S.W.T Maha Mengetahui !!
No comments:
Post a Comment