Thursday 6 March 2014

TERBARU! LAGU MISTERI MALAYSIA - BONGKAR KISAH DISEBALIK LAGU RIZ ZAHARI

Lagu Terbaru 2014, Ada kisah disebalik lagu ini.Walaupun nampak agak biasa dan bersahaja,.Klip video amatur ini menyampaikan sebuah lagu yang benar-benar terjadi ataupun secara kebetulan. Sebelum klik pada video marilah sama-sama kita hayati lirik lagu ini :





DENGARKAN (SEBELUM KAU TIDUR) - Riz zahari

DENGARKAN SEBELUM KAU TIDUR
LAGU KU SEBAGAI PENGHIBUR
MENGULIK DIRUNTUN RINDU MU
HINGGA LENA BERTAMU,

KENANGKAN PERTEMUAN ITU,
ZAHIRKAN KE LAYAR MIMPI,
KU ALUN KAN IRAMA LAGU,
KERNA KU CINTAKAN MU, TIAP WAKTU,
SELAMAT TIDUR, KASIHKU...

USAIKAN RESAH, LERAIKAN LELAH,
HAPUSKAN GUNDAH, MIMPIKAN TERINDAH,
HAPUSKAN PILU, KUATKAN RINDU,
MIMPIKAN SHAHDU,ANTARA KAU DAN AKU,

ANGANKU, MIMPIMU,
KAN MENYATU, KAN BERSATU,

*(P)
USAHKAN RESAH, LERAIKAN LELAH,
HAPUSKAN GUNDAH, MIMPIKAN TERINDAH,
HAPUSKAN PILU, KUATKAN RINDU,
MIMPIKAN SHAHDU,ANTARA KAU DAN AKU,

USAHKAN RESAH, LERAIKAN LELAH,
HAPUSKAN GUNDAH, MIMPIKAN TERINDAH,
HAPUSKAN PILU, KUATKAN RINDU,
MIMPIKAN SHAHDU,ANTARA KAU DAN AKU,

ANGANKU, MIMPIMU,

KAN MENYATU, KAN BERSATU,



Lirik nya agak biasa sahaja.
Penulis lagu adalah seorang yang sentiasa mengikuti hal-hal yang berkaitan dengan paranormal, penulis adalah seorang yang sangat sibuk, Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi, penulis bergegas untuk pulang.l, sedang penulis sedang berkemas terdengar mesin photostat di bilik sebelah berbunyi, Penulis berasa agak pelik, maklumlah malam jumaat.

Penulis pun pergilah masuk ke bilik photostat, suis mesin photostat sudah pun dimatikan, di sebalik mesin tersebut ada sekeping kertas gambar wanita, rupa paras cukup cantik, lalu penulis mengambil gambar tersebut. Penulis terasa hairan kenapa tiba-tiba mesin ini berfungsi dan kenapa ada gambar perempuan?.Lalu penulis membuang gambar tersebut ke dalam tong sampah.

Penulis terus pulanglah kerumah, dalam perjalanan penulis banyak perkara yang difikirkan siapa perempuan(yang dicetak hitam putih) itu.Penulis perlu melalui beberapa hutan sebelum sampai kerumah yang berada di Kedai Buloh, Kelantan.Dalam perjalanan pulang penulis ternampak satu kelibat manusia bersimpuh di tengah-tengah jalan sambil menghulurkan tangan. Penulis terkejut, tetapi kelibat tersebut terus hilang, mungkin terlalu mengantuk agaknya fikir penulis.Sekali lagi penulis terkejut ada gambar wanita di sebelah duduk penumpang. disebalik gambar tersebut ada tulisan DENGARKAN LAGU INI SEBELUM KAU TIDUR. berikut adalah lirik asal lagu DENGARKAN SEBELUM KAU TIDUR :

DENGARKAN SEBELUM KU PERGI
UNTUK MU SEBAGAI PENGHIBUR
MENGULIK DI ALAM SANA
HINGGA KITA BERTAMU,

KENANGKAN PERTEMUAN ITU,
ZAHIRKAN IANYA TERJADI,
KU ALUN KAN IRAMASEDIH,
KERNA KU CINTAKAN MU, TIAP WAKTU,
SELAMAT TINGGAL, KEKASIHKU...

JANGAN LAH RESAH, KU MENANTI,
BIARKAN AKU, DI DALAM GELAP,
HAPUSKAN PILU, HAPUSKAN RINDU,
AKAN KU HADIR MENJENGUK MU,

ROH KU DALAM MIMPIMU,
JASAD KU TIADA LAGI,

Lirik yang diingati penulis hampir sama seperti ini.

Tersentak penulis, rupa-rupanya dia masih berada di pejabatnya. Penulis mengalami demam yang teruk selepas kejadian. Penulis dihantar ke hospital namun doktor menasihatkan penulis mendapatkan rawatan tradisional dengan seorang ustaz yang berada di kampung Gunong, Bachok. Ustaz memberitahu ada sesuatu yang menumpang untuk sampaikan mesej kepada seseorang yang dia cintai.

Selepas seminggu penulis kembali sihat seperti biasa, Penulis kembali ke bekerja seperti biasa. Pada hari yang sama, penulis telah mengubah lagu yang dimimpikan untuk dilagukan kepada sesiapa sahaja yang mendengar, mungkin si mati ada kisah disebalik lagu ini.Kemungkinan mesej tersebut sampai kepada yang dia sayang.

Lain-lain