Saturday 27 October 2018

KETURUNAN NIK,WAN,TUAN, CHE, TENGKU KELANTAN, MALAYSIA BERASAL DARI MANA?

Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/)

WonBin:
Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.

1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.

2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.

3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.

4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.

5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.

6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.

7. Beliau ketua Wali 7.

8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa.

WonBin:
WALI 7



Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama ‘Jiddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.

Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.

Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini ‘tersorok’ dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.

Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.

Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.

Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa.
Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.

Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.
Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.

Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.

RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu.
Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong

Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.

Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.

Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.

Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.

Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.
BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak..
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak
yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat
dan ahli-ahli kaji sejarah.

Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.

Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.

Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.

Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.



JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH

Pengenalan
•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang
mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.


Sejarah Awal Kelantan

•Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
•Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’.
•Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
•Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’.



Kelantan Abad Ke 15

•Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam).
•Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
•Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465.
•Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
•Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.
•Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.
•Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur.


Kelahiran Cik Siti Wan Kembang

•Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu
sepupu Raja Hussin.
•Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
•Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
•Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
•Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
•Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
•Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
•Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
•Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
•Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu


Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu
roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang
puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.


Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota
sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di
sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.


Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah
di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik
Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar

•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.


Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;
~ Tuan Sulong (Long Sulong)
~ Tuan Senik (Long Senik)
~ Tuan Besar (Long Bahar)
•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat

•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong

•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah

•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.


Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.

100 comments:

  1. Kg Tok Jembal (terletaknya UMT k.Trg) ad kaitan x dgn sejarah Kota Jembal ni?

    ReplyDelete
  2. Arwoh nenek ambo namo Tuan Zainab binti Long Lob bin Long Yunus. Namo ambo tadok gelaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xleh guna nm nenek...klu ayoh demo ado nik,tuan,wan,tengku buleh la letok nm.demo gtu.

      Delete
    2. Blh jah..asalkan bawa bukti mcm surat beranak atau surat mati nenek tu..

      Delete
  3. Ayah saya keturunan Che
    Mak saya keturunan wan
    Tp silap mak dan ayah sy tak tahu maksud gelaran nama ni
    Jd mereka tk letak semua nama anak-anak dengan gelaran ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x leh wt apo la..nm ank2 kne ikot pangkal nm.ayoh

      Delete
  4. Arwah ayah sy che......bin che.... adakah ayah sy ada pertaliyan darah dengan cik siti wan kembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenek ambo kata gitu juga, Namo dia Masih Raja, keturunan Lari ke Gong Datuk Pasir Puteh.

      Delete
    2. Sama lh... tapi arwah ayah aku depan dia tade che tapi ayah dia ada che..nama arwah ayah aku azman bin che awang..kiranya aku ada pertalian darah ke tk ehh?

      Delete
  5. arwah ayah saya che ku..mak saya tengku.. arwah nenek pernak ckp, xleh makan ikan kaacang x tau sbb ape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenturunan raja jembal mmg ado hok x leh mkn ikan kekacang...tngk.daroh jg tu ado hok buleh

      Delete
    2. bab ni arwah ayoh ambo pesan jgn dimake ikan kekacang

      Delete
    3. Datuk saya juga x leh mkn ikan kekacang

      Delete
    4. arwah ayah saya juge selalu berpesan jgn mkn ikan kekacang. Arwah nenek pun pesan bende sama....ade pejelasan x mengenai ikan kekacang?

      Delete
    5. Ikan kacang pernah selamatkan nenek moyang kita drp mati kelaparan satu masa dulu.
      Jadi sbb menghargai jasa ikan tu, anak cucu pun dilarang lah mkn mkn.... Gitu la agaknya.

      Delete
  6. dekat dgn kg saya tu .. dulu panggil kedai lalat, now kota jembal... ingatkan tukar, rupa2nya KEMBALI kepada nama asal

    ReplyDelete
  7. sy keturunan raja jembal..ayh sy nm.tuan abdullah bin tuan man...nm.sy pulop tuan hafizan

    ReplyDelete
  8. gambar wali 7 tidak betul.. itu ada 7 wali yang berada di sulawesi selatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas penerangan, jika ada gambar boleh emel kepada saya alaminimisteri@gmail.com

      Delete
    2. Eya tu wali 7 bugis .. Wali songo tu jawa.. Mana sama... Nenek saya nama nya pettala sinrang.. Salah satu wali 7 tu.. Dari selewesi selatan..

      Delete
  9. Sy start dari tok nyang/atok/ayah/saya smua kturunan nik..

    ReplyDelete
  10. Sy keturunan wan..xleh mkn ikan kekacang & kerbau balau

    ReplyDelete
  11. kalu makan ikan kekacang jd gano? acu try mkn dulu baru buleh tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  12. Gelaran Tuan adalah bagi Melayu Musyrikin.
    Menduakan Tuan.
    Syahadahnya menjadi Tuhan Hamba.
    Itu bukan Melayu, tetapi Lanun atau Komunis.
    Melayu yang Asal adalah Tuan Hamba.
    🔺 Tuan adalah Allah swt.
    🔵 Tuhan adalah Adam a.s. sebagai Khalifah atau Khadam Allah.
    🔲 Hamba adalah Muhammad saw, Penghulu bagi Burung Abbabil, Manusia Malaikat.
    Melayu adalah Muallaf, Hamba Allah.
    Memjadi.......
    🔺 🔲
    Tuan Hamba
    Allah. Muhammad.
    Tuan Tuan adalah 🔺🔺,🔯 Yahudi, Orang Batu yg Sembah Allah swt.
    🌟 Manusia.
    🌙 Jinn.

    ReplyDelete
  13. Gelaran Tuan adalah bagi Melayu Musyrikin.
    Menduakan Tuan.
    Syahadahnya menjadi Tuhan Hamba.
    Itu bukan Melayu, tetapi Lanun atau Komunis.
    Melayu yang Asal adalah Tuan Hamba.
    🔺 Tuan adalah Allah swt.
    🔵 Tuhan adalah Adam a.s. sebagai Khalifah atau Khadam Allah.
    🔲 Hamba adalah Muhammad saw, Penghulu bagi Burung Abbabil, Manusia Malaikat.
    Melayu adalah Muallaf, Hamba Allah.
    Memjadi.......
    🔺 🔲
    Tuan Hamba
    Allah. Muhammad.
    Tuan Tuan adalah 🔺🔺,🔯 Yahudi, Orang Batu yg Sembah Allah swt.
    🌟 Manusia.
    🌙 Jinn.

    ReplyDelete
  14. Gelaran Tuan adalah bagi Melayu Musyrikin.
    Menduakan Tuan.
    Syahadahnya menjadi Tuhan Hamba.
    Itu bukan Melayu, tetapi Lanun atau Komunis.
    Melayu yang Asal adalah Tuan Hamba.
    🔺 Tuan adalah Allah swt.
    🔵 Tuhan adalah Adam a.s. sebagai Khalifah atau Khadam Allah.
    🔲 Hamba adalah Muhammad saw, Penghulu bagi Burung Abbabil, Manusia Malaikat.
    Melayu adalah Muallaf, Hamba Allah.
    Memjadi.......
    🔺 🔲
    Tuan Hamba
    Allah. Muhammad.
    Tuan Tuan adalah 🔺🔺,🔯 Yahudi, Orang Batu yg Sembah Allah swt.
    🌟 Manusia.
    🌙 Jinn.

    ReplyDelete
  15. Abah saya keturunan wan...belah suami plak keturunan Nik...

    ReplyDelete
  16. Nenek sya engku.. Kwin ngn atok org biasa.. Ayh sya jd nik.. Sye jd nik.. Skg sye kwin dgn org biasa.. Sje xnk kluarkn nma kturunan.. Sye ltk putri n putra dkt ank2..

    ReplyDelete
  17. Huhuhu tk leh mkn ikan kacang juga

    ReplyDelete
  18. Saya Dari keturunan Tengku Sulung Dan Nik Kamil Dan Nik Ismail. Ada warisan tanah di Bulatan Kijang(sekarang Simpang 4 Kg. Sireh yang Masih tak dapat Di selesaikan.. Sesiapa Yg Ada Makluman dam boleh menyelesaikan, amat dialu2kan. Nik Adnan bin Nik Hassan


    ReplyDelete
  19. Saya Dari keturunan Tengku Sulung Dan Nik Kamil Dan Nik Ismail. Ada warisan tanah di Bulatan Kijang(sekarang Simpang 4 Kg. Sireh yang Masih tak dapat Di selesaikan.. Sesiapa Yg Ada Makluman dam boleh menyelesaikan, amat dialu2kan. Nik Adnan bin Nik Hassan


    ReplyDelete
    Replies
    1. Nik zainab nik hassan agak2 ada kena mengena tak? Itu nama tok kitacacat sebelah mata

      Delete
  20. Saya keturunan tuan... Semua ada gelaran tuan... Setiap nak buat sesuatu mesti ada kain kuning... Ada 1 peristiwa waktu adik sy nok sunat... Kain kuning telah dibawa ke klnik... Namum ayah sy lupa nk pakaikan kain kuning tersebut... Setelah sunat selesai n bawa pulang kerumah... Darah keluar tanpa henti selepas sunat...mok sy tanya.... Kain kuning yg d bawa tadi pakai x... Ayah sy oyak lupa nk pakaikan... Lps tu terus pakaikan kain kuning pada adik sy... Serta merta darah terus berhenti.... Kadang2 bnd mcm ni fikir secara logik x munasabah... Namum bila terjadi d depan mata baru tahu daulatnya.... Jgn d ambil remeh hal sebegini... Namum tanpa kuasa allah mengatasi segalanya... Segalanya datang dari dia.... Patutlah... Tok nenek sy pada majlis perkahwinan semuanya ada kain kuning... Siling rumah diletakkan kain kuning, bendera kuning d tangga.. N kain kuning spnjng laluan pengatin...
    Sekdar perkongsian dari keturunan sy yg bergelar tuan... Asal dari kuala besut sekitar sungai kuala besut.. Berhampiran kampung raja.... Tok sy pernah oyak... Keturunan sy ni berasal dari kota jembal....

    Sekian.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama seperti saya.. waktu sunat..disediakan seperti pelamin diatas katil.. dihias seperti tempat beradu diraja..semuanya kuning.. waktu kecil mana nak faham semua ni kan..

      Delete
    2. cayer ke mende2 ngarut ,tahyul , kurafat gitu hahahaha

      Delete
    3. Sama macam saya dan adik beradik pompuan.. Nak bersalin wajib letak kain kuning atas dada.. Baru blh melahirkan.. Kalau tak.. Duk meneran sampai ke suttt..

      Delete
  21. Saya keturunan tuan... Semua ada gelaran tuan... Setiap nak buat sesuatu mesti ada kain kuning... Ada 1 peristiwa waktu adik sy nok sunat... Kain kuning telah dibawa ke klnik... Namum ayah sy lupa nk pakaikan kain kuning tersebut... Setelah sunat selesai n bawa pulang kerumah... Darah keluar tanpa henti selepas sunat...mok sy tanya.... Kain kuning yg d bawa tadi pakai x... Ayah sy oyak lupa nk pakaikan... Lps tu terus pakaikan kain kuning pada adik sy... Serta merta darah terus berhenti.... Kadang2 bnd mcm ni fikir secara logik x munasabah... Namum bila terjadi d depan mata baru tahu daulatnya.... Jgn d ambil remeh hal sebegini... Namum tanpa kuasa allah mengatasi segalanya... Segalanya datang dari dia.... Patutlah... Tok nenek sy pada majlis perkahwinan semuanya ada kain kuning... Siling rumah diletakkan kain kuning, bendera kuning d tangga.. N kain kuning spnjng laluan pengatin...
    Sekdar perkongsian dari keturunan sy yg bergelar tuan... Asal dari kuala besut sekitar sungai kuala besut.. Berhampiran kampung raja.... Tok sy pernah oyak... Keturunan sy ni berasal dari kota jembal....

    Sekian.....

    ReplyDelete
  22. Arwoh bapa saya,anak beranak panggil CHE juga.....nama tak ada che pun.Saya jadi musykil juga ni.

    ReplyDelete
  23. Tiada apa yg istimewa dgn pangkat, Nama & keturunan, gelaran Nama ini sedikit Sebanyak Akan menimbulkan Riak Dan bangga diri kepada yg tidak mempunyai pegangan Iman.. Sedangkan pengakhiran Kita Di Padang Mashar tiada beza semua Sama yg membezakan Kita hanyalah tahap keimanan Dan ketakwaan...

    Tidak Salah mencari keturunan tapi ingatlah sejarah ini hanyalah penulisan yg boleh diubah...

    Ambil yg baik & yg buruk lupakan...

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. mok sdaro sy basuh pinggan bekas ore make rebung buluh betong , abih naik bintik merah .. tu baru basuh pinggan , xmakan lg .. huhuhuu

    ReplyDelete
  26. Arwah ayah mmg keturunan Nik n Wan...tp nama anak2 mmg x letak gelaran tu..adik beradik yg lahir di kelantan takde masalah tp adik2 yg lahir di luar dr neg kelantan sume masa kecik ada masalah kesihatan..so ayah letak nama lain dan di tambah nama gelaran keturunan kami..naknjd kan cerita kesihatan adik bertambah baik.. dan 1 hal lg..arwah ayah pon xleh mkn ikan kekacang..siap pesan kat kami jgn mkn ikan tu..

    ReplyDelete
  27. Keturunan Che tidak diperincikan...nak tau juga

    ReplyDelete
  28. nama saya megat damanhuri b nik derahman.. arwah nenek bernama tuan fatimah.. br meninggal beberapa bulan.. umur 105 tahun..

    ReplyDelete
  29. Mak saya ade nik, ayah xde nik.. tapi adik beradik ayah yang lain semua nik. Nama srkarang dah xde semua..
    oowhh baru tahu kota jembal nama asal kedai lalat, ingt tukar sesaja2.. tapi kota jembal tidak sesohor nama kedai lalat. Kg seneng bachok atau kg senang yg jiran kedai lalat yang dimaksudkan dalam sejarah tadi?

    ReplyDelete
  30. Menurut crito mok ambo,moyang lelaki ambo dulu turunan atau sepupu rajo xsilap..pahtu mengasingkan diri kerana diri x segah adik beradik lain dan denukar namanya dari tengku kepada nik..kawen ngan moyang puan ambo yang berketurunan nik..mendapat soghe putera tunggal diberi namo Nik Yusof..kawen la datuk ambo nik yusof tu ngan nenek ambo nik som..pahtu mereka mendapat 2 putri di letak namo nik hasmah dan dan nik maheran..mok ambo pernah pesey jangan make ike kkacang sebab dio kato nenek pesey moyang dio pesey gitu..tapi ambo ngan adik beradik so mok xdok nik macey anok2 dio hk dulu sbb ayoh kami oghe biaso tapi turunan tuk nenek ambo alik ayoh oghe sohor dulu kut2 pattani..cumo sedih,kami xtau lagumano nk cari kaum kuargo sbeloh sano��..ntuk eratkan silaturrahim bukeynyo ntuk banggo2kan diri..

    ReplyDelete
  31. ingin bertanya klau ibu saya panggil nama che zainab Dan nenek Che moh tapi anak2 takde pulak nama Che boleh bagi penjelasan tak yang mana lebih tahu..

    ReplyDelete
  32. Ambo keturunan jemballa gitu gak.ambo tg johari

    ReplyDelete
  33. Nama saya tuan dzulkfli bin tuan kob..arwah ayah saya tuan kob bin tuan lah..arwah atuk saya tuan lah bin raja sulong..tempat asal kg tunjung..menetap di kuala lipis, pahang..

    ReplyDelete
  34. kemungkinan besar ada kaitan kerana
    •Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
    •Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
    •Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
    •Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.

    ReplyDelete
  35. Kenapa guna gambar leluhur saya, keturunan yg ke 14.Itu gambar Arung Palakka De Der Bougies.Saya ada gambar 7 wali tersebut di rumah, dibawa lari dari Sulawesi.

    Numpang bertanya,
    Ada kaitan ge Arung Palakka dgn Kelantan , walhal Arung Palakka ini org Bugis Gowa dan Almarhum adalah anak saudara kepada Sultan Hasanuddin Imalombasi Daeng Mattawang Keraing Bonto Magappek Sombawa Ri Goa

    ReplyDelete
  36. Name mak saya ada che.. Nama sy pun che.. Adakah saya penyambung keturunan ini??

    ReplyDelete
  37. Tula..sy pun keliru min...tgk pic tu mace wali songo d sulawesi..tpi x mngape sbgai example kot..kan min..hihihi

    ReplyDelete
  38. Mak sy che,ayah sy org biasa.tp sy xleh makan ikan kacang.pernah skali mkn,hbs badan naik ruam mcm bintik2 merah.pergi hsptl.cek semua xde mslh,dekat sebulan br hilang,kena mrh dgn arwah atok.katanye x bleh mkn ikan kacang..x tau arwah atok baca ape,bg air mnm esknye hilang.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum...sgt menarik artikel ni...maaf tuan blh tak tuan tlg ceritakan atau cari kisah mengenai Tok Putih. Menurut arwah atok sy...Tok Putih antara pahlawan terkenal dulu2 di Kelantan. Terima kasih tuan

    ReplyDelete
  40. Keturune ambo xleh make besi dgn kayu. Kalu make besi patoh gigi, x tau bakpo.. Kayu pulok kalu make lambat bulih tele.. 😢

    ReplyDelete
  41. Family sya tdk mngunakan apa pa gelaran,,tpi mnurut crite arwah sy datik sy brasal Dr keturunan raja,,dn kami tdk blh mkn buluh venting dn ikan kekacang mmg ini sngt jelas arwah ayh sya brpesan,,dn arwh ayh sy berasal Dr kg Chetok Pasir Mas dkt dgn bukit panau..mintk pncerahan

    ReplyDelete
  42. Nah inilah sebagian misteri saya selama ini...,
    Saya mau bahas dipikir saya gila.
    Tapi itulah kenyataannya....
    Ada kaitannya dengan kehidupan saya...

    ReplyDelete
  43. Arwah nenek sy wan.. kturunan kota jembal.. tp atok xde pangkal nama..jd abah saya xda wan..kami adik bradik xde wan. Tp slh sorg adik sy dr lahir brpnyakit..bwk jumpa org alim dia suh tukar nm pangil wan..lps pgil wan br ok..slh sorg ank buah sy pnh alergik mkn ape xth..bdn dua nek sesuatu..bwak jmpa org alim2 jgk la..dia kta ni keturunan raja2 jembal ni.jd btul la dia ckp tu.. kena ltk pngkal nama wan/nik/raja br ok..

    ReplyDelete
  44. Ni gambar dgn cerita tidak ngam lah.. Ni gambar wali 7 bugis.. Dari selewesi selatan... Adehhh... Nama kerabat d sana patta.. Andi..puang.. Yg saya tau lah..

    ReplyDelete
  45. Keturunan sy pun...sebelah ayah mmg anak2 semua diletak dengan pangkal wan..tp sayang syg xsempat kumpul salasilah asal keluarga seb sy hnya tahu setakat nama moyang shj...seb sy kecil lagi ms tu tp atuk, moyang dh meninggal dunia..jd ms kecil mn rahu lagi bndaw mcm ni...tak terfikir pun kenapa nama ada wan...

    ReplyDelete
  46. Salam admin.. arwah mak sy nama nik sabariah, nma arwah atuk perempuan tengku fatimah bt tengku idris.. Mohon penjelasan jika ada dlm salasilah keturunan

    ReplyDelete
  47. Sy xtahu betul ke tak..tp ayah sy pernah ckp yg moyang sy keturunan jembal.susur galur dr raja mudo..tp sbb moyang kawin dgn org kebanyakkan,ank2 cucu hilang panggilan tu...cuma sebelah makcik adik bradik ayah..ada gelaran siti utk ank2 perempuan...ayah sy 2pupu dgn Tuan Sabariah (isteri arwah TGNA)

    ReplyDelete
  48. Nenek saya Nik.. Datuk saya wan..
    Mak kawin dgn ayah yg xdok keturunan nik or wan..maka, xdok lah gelaran saya..nk wak gano..tp sy kawin dgn keturunan tengku dr terengganu..jd susur galur anok saya ado blako lah..nik, wan, tengku..😊

    ReplyDelete
  49. nenek sy Nang Bidah binti Megat Mahamood. tp arwah hilangkan nama keturunan sbb kahwin dgn datuk sy yang bukan dari keturunan sama, bermula daripada mak sy lg.

    ReplyDelete
  50. Saya berasal dari keturunan wan suami pula nik tpi kami kami tidak meletakkan nama ketutunan kpd semua anak kami jadi mereka
    tidak menyambung warisan nama keturunan

    ReplyDelete
  51. Kami masih mengikut pantang larang tidak memakan ikan kekacang dan rebung sampai sekarang

    ReplyDelete
  52. Ambo namo che mohamad zulkifli bin che muda bin che man.
    Abe,kawe n adik jate ado che. Depe namo

    ReplyDelete
  53. Nama nenek saya nik zainab binti nik hassan. Pernah tinggal di istana, selalu menceritakan kisah dia beramain di gua puteri sadong rasanya kalau x silap. melarikan diri kawin dengan org kebanyakkan. Cacat mata kerana waktu lahir tak cukup das tembakan katanya. Org mengelarkan dirinya nik nab. Anak sulongnya nik laila binti daud kini kami semua tiada gelaran nik. Wallahu alam.

    ReplyDelete
  54. Bismillah..

    Nama saya WAN MOHD SHUKRI

    Mengikut peninggalan ayahnda sy Hj Mohamad (Wan Nik Abd Ghoni)

    Salasilah sebelah datuk :-
    Alim (Nik Abd Halim/Pakchu Alim Geting) bin Mahmud bin Sheikh Abd Rahman (Awang Deraman)

    Salasilah sebelah nenek :-
    Wan Meriam bt Wan Ismail (tok pok wel) bin Wan Sulong

    Wallahualam

    Sebarang pertanyaan 016-7333767

    ReplyDelete
  55. Nama saya Tuan Pa bin Tuan Puteh. Ayahnda Tuan Puteh bin Tuan Ismail saya berasal dari Kg Tunjong dan ayahnda berasal dari Kg Belimbing Kota Bharu Kelantan. Mengikut susur kami keturunan Raja Jembal. Datok saya YM Tuan Ismail keturunan Sultan Umar isterinya nenek saya YM Tengku Tan Tanjong Tg Bongsu.

    ReplyDelete

  56. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.biz...^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete
  57. Arwah moyang sayo Tuan Senik sayo Tuan Syahidah 😞

    ReplyDelete
  58. Arwah datuk asalnya nama raja.. Tp dia tukar daftar nama Wan sebab katanya susah hidup zaman mendatang kalau masih guna gelaran raja.. Boleh ke daftar balik nama raja.. Kepada cicit beliau. Nama monyang raja Awang.

    ReplyDelete
  59. Bagaimana pula dengan nama Awang? Kedua-dua arwah moyang saya ada nama Awang di permulaan.

    ReplyDelete
  60. Namo ambo che mohamad zulkifli bin che muda bin che man

    ReplyDelete
  61. Nama saya nik jgk, dari keturunan Tuan Tabal (Wan AbdulSamad b Wan Mohd Salleh)

    ReplyDelete
  62. Nasab tidak sesekali putus kerana hanya sekadar bergantung pada status bapa

    ReplyDelete
  63. Sabda Nabi berkaitan sosok yg akan bergelar Al Mahdi apa Nabi bagitau???

    ReplyDelete
  64. Sabda Nabi saw dari keturunan Hasan dari Fatimah..Nabi tak kkabor dari Sayyidina Ali..sepatutnya Sayyidina Ali lah sepupu Nabi lagi

    ReplyDelete
  65. Agenda dan System yg telah British anugerahkan yg di gelar DemoCrazy

    ReplyDelete
  66. Kita sebenarnya di tipu kita tidak pernah di jajah

    ReplyDelete
  67. Cubaan itu ada hingga memakan masa yg lama malah bertukar2 tangan namun tak berjaya. Yg mereka mampu jajah adalah MINDA dan Budaya

    ReplyDelete
  68. Syahadah, Nasab ukhwah dan terakhir Jemaah sedang di hancurkan agar kita lemah selemah2nya

    ReplyDelete
  69. Renung2kan SILATURRAHIM kita dah semakin pudar tak kira antara sesama satu Syahadah atau kekeluargaan.

    ReplyDelete
  70. Ini yg mereka mahu
    Salam
    Senyuman
    Sikap peduli
    Mereka lenyapkan satu persatu

    ReplyDelete
  71. Saya Che Azmi Bin Che Wil Bin Che Isa asal keturunan Tumpat

    ReplyDelete
  72. "•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.", puok2 Wan takdok dale list demo, mace tok puas hati jah puok2 PKRJK denge keturune Long Baha & Wan Anom @ Raja Sulaiman mace ambo nih... :-(

    ReplyDelete
  73. Kalau nak di ikut kan ramai yang berketunan raja di kelantan.kalau di usur kita semua memang ada pertalian darah

    ReplyDelete
  74. Assalam bey, nk tanyo, ibu sy keturunan nik, ayh sy pulk keturun che, tapi namo saya takdok gelaran, tanyo ibu, dio kata terlupa nak letak, ke memang tak boleh letak kalau berkawin nik dengan che? Kalau boleh letak pastu nanti anak anak sy pulak boleh letak nik/che tak?

    ReplyDelete
  75. Ma:
    Kain kuning ms bersalin
    Arwah mok ada wan
    Moyang wan deraman wan selamoh
    (Guru istana kelantan)

    Arwah abah:
    Xleh mkn Ikan selayang

    Ore Salor
    *kot lah ada connection semua ni

    ReplyDelete

Lain-lain