Tuesday 16 December 2014

RUMAH HANTU PALING SERAM DI DUNIA


 
Rumah hantu merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tempat pengunjung untuk mencuba pengalaman yang menyeramkan. Terdapat sebuah rumah hantu yang paling seram dan ia terletak di negara Jepun.

Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untukmemberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital.  Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.


Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.  Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung.  Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar.  Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat.  Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.

Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu.

Wednesday 3 September 2014

MANUSIA, JIN, IBLIS DAN SYAITAN. (VERSI INDONESIA)

Dalam kitab Ahkamul Qur'an karangan Qurthubi dijelaskan sbb :
Para ulama berbeda pendapat mengenai asal-usul Jin. Hasan al-Basri  mengatakan bahwa Jin keturan Iblis, seperti manusia keturunan Adam. Dari dua kelompok ini ada yang beriamn dan ada yang kafir, keduanya juga berhak mendapatkan pahala dan siksaan dari Allah. Mereka yang beriman dari keduanya adalah kekasih Allah dan mereka yang kafir adalah Setan.


Ibnu Abbas berpendapat : Jin adalah keeturunan Jann, mereka bukan setan, mereka bisa mati dan mereka ada yang beriman dan ada yang kafir. Sedangkan setan adalah anak Iblis mereka tidak akan mati kecuali bersama-sama Iblis.

Dalam tafisr surat An-Nas, Qatadah berkata : Sesungguhnya dari jin dan manusia terdapat setan-setan. Ini mirip dengan pendapat Hasan Basri di atas. Dalam surah a-An'am (112) dikatakan "Dan demikian lah Aku jadikan untuk setiap nabi musuh dari setan-setan manusia dan jin".

Dalam buku "Hayatul Hayawan al-Kubra" karangan Dumairi : semua jin adalah keturunan Iblis. Namun dikatakan juga bahwa Jin merupakan satu rumpun, sedangkan Iblis adalah satu dari mereka. Jin juga mempunyai keturunan seperti dijelaskan dalam al-Qur'an surah al-Kahf (55) "Apakah kalian akau menjadikan mereka (jin) dan keturunanya sebagai kekasih selain Aku (Allah) padahal mereka adalah musuh kalian". Mereka yang kafir dari kaum jin disebut setan.

Dalam kitab "Akaamu-l-Marjan fi Ahkamil Jan" karangan Syibli (hal. 6) disebutkan bahwa jin mencakup malaikat dan mahluk lainnya yang kasat mata. Sedangkan setan adalah jin yang durhaka dan kafir, mereka adalah anak-anak Iblis.

Jauhari berkata :Semua yang durhaka dan membangkang dari manusia, jin dan hewan disebut setan. Orang Arab menyebut ular sebagai setan.

Yang terpenting bagi umat manusia adalah meyakini bahwa setan adalah musuh mereka dan selalu berusaha untuk menyesatkannya dan menjauhkannya dari jalan Allah. Kita dilarang menyembah atau menuruti kata setan. Dalam surah Yasin (60)dikatakan "Bukankah Aku(Allah) telah membuat perjanjian kepadamu hai bani Adam agar kalian tidak menyembah setan, mereka adalah musuh yang paling jelas". Demkian juga dalam surah Fathir (6) "Sesungguhnya setan adalah musuh kalian maka jadikanlah mereka musuh".. Dan banyak dalil-dalil yang mengingatkan kita agar hati-hati terhadap tipu daya dan rayuan setan ini.

[GAMBAR] : SUBHANALLAH, CAHAYA MISTERI DI LANGIT SABAH



Cahaya bewarna merah kekuningan yang muncul di langit mengemparkan Malaysia. Cahaya misteri tersebut juga boleh dilihat dari Sarawak.

Cahaya tersebut muncul dari arah Laut Cina Selatan sekitar jam 10.30 malam semalam selama 20 minitsebelum hilang.

Pelbagai pandangan masyarakat tentang kejadian ini, ada yang cakap 'pintu langit' ada yang cakap pantulan 'cahaya terminal offshore' ada yang cakap 'makhluk halus'.

Erm.........................macam-macam

Apapun hanya Allah SWT sahaja yang tahu..
___________________________________________________________
sumber lain: Penjelasan akan Fenomena Cahaya Misteri di Sabah

Namun begitu, buat pengatahuan korang dimana dikatakan ini adalah fenomena Light Pillars.

Light Pillar adalah fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais yang terdapat di dalam atmosfrera Bumi. Light Pillar juga boleh dibentuk oleh sumber cahaya buatan manusia seperti lampu jalan. Ianya berlainan sedikit dari fenomena Halo. Nak tau ape pulak fenomena HALO boleh lihat di artikel ini ▬▬►  Fenomena Halo bulan dikelilingi Cincin cahaya

Terjadi apabila cahaya matahari terpancar ke permukaan kristal ais. Kristal-kristal ais ini boleh ditemui di celah-celah awan ais, kabus ais, salji yang berhembus dan awan di permukaan darat, tetapi kesan yang dihasilkan ialah serupa: satu pancaran cahaya indah yang memancar ke angkasa.

TAOTAUAJER : Ada yang juga yang mengatakan cahaya itu terhasil dari pelantar minyak yang berdekatan milik Petronas. Bagaimanapun, Petronas Sabah menafikan dakwaan berkenaan.

Sunday 20 July 2014

KITA SEMAKIN HAMPIR DI HUJUNGNYA - TEORI BERKAITAN TRAGEDI MH17 TERHEMPAS. #MH17 #Pray4MH17 #Palestine #GAZA

Semalam selepas berkongsi semula penulisan-penulisan lama berkenaan MH370 sebelum. Saya cuba membuka mushaf untuk memahami ke mana isu ini akan dibawa pergi.

Kejadian berlaku pada 17 haribulan 7 kepada MH 17.

Yahudi percaya kepada permainan nombor di dalam kehidupan mereka. Nombor satu bermakna permulaan, kelahiran. Nombor 7 bererti kemusnahan dan pengakhiran, kehancuran, penamatan.

Dalam al Qur'an surah ke 17 ialah surah al Isra' dan ayat ke 7 di dalam surah tersebut menjelaskan perkara berikut:

Yahudi akan masuk kembali ke baitulmaqdis untuk kali kedua bagi melakukan kerosakan dan kejahatan mereka akhirnya akan dibinasakan Allah melalui tangan-tangan pihak yang dimusuhi mereka (umat Islam).

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (Baitul-Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (al Isra' ayat 7) (sila baca dari ayat pertama hingga ke 8 utk fahami dengan lebih jelas)..

Apakah dengan mencari pasal dengan Russia kali ini, escalation konflik akan membuatkan Yahudi berani menceroboh Masjidil Aqsa ketika rasa mereka terlebih kuat, tetapi pada hakikat sebenarnya, perang yang bakal diletuskan kali ini akan membawa kemenangan besar kepada Islam di Palestin?

Jika ia berakhir dengan peperangan besar, maka ketahuilah bahawa kemenangan dijanjikan Allah kepada umat Islam.. dan kita pula menjadi asbab (kes tembak jatuh MH17) kepada kehancuran total Yahudi..

Jadi pesan untuk Najib, jangan salah pilih pakatan.. umat Islam akan bergabung dengan Rum dalam perang akhir zaman.. ramai yang mengatakan Rum yg dimaksudkan ialah superpower Kristian Ortodoks dari Russia dan bukan sebelah Barat iaitu Amerika dan sekutu-sekutu Yakjuj dan Makjujnya kini.

Apakah 17/7 MH17 (al Isra' ayat 7), ialah asbab beginning (nombor 1) of the end (nombor 7) untuk Yahudi?

Kita cuba memahami. Tetapi pengetahuan sebenar adalah milik Allah.

Wallahua'lam..

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada keluarga-keluarga mangsa menghadapi ujian ini. Dan bagi sesiapa yang mempunyai tangan-tangan perancangan jahat yang menjadikan negara kita sebagai mangsa bertalu-talu dalam perebutan politik dunia, semoga Allah membalas mereka dengan pembalasanseadil-adilnya. Amin.

Untuk memahami isu ini, boleh tuan-tuan ke ruang facebook saya pada pautan berikut dan membaca penulisan-penulisan lama saya yang telah menjangkakan setiap kali adanya usaha untuk meruntuhkan ekonomi Amerika, maka akan ada sahaja false flag dijalankan. Sehari sebelum MH17, Presiden Russia dan ketua-ketua negara BRICS melancarkan perang ke atas sistem kewangan dunia yang dikawal Amerika. Bagi Amerika, Russia perlu diajar. Tetapi malangnya kita yang dimangsai di dalam konflik ini.

Lain-lain