Thursday 13 January 2022

HILANG 30 JAM SEBELUM DIJUMPAI


GUA MUSANG: Remaja lelaki yang hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, malam kelmarin, ditemui penduduk dalam keadaan kepenatan serta kebingungan di atas sebuah jambatan, petang tadi.

Mangsa, Muhammad Iznun Al-Azim Mahadi, 13, ditemui jam 5.30 petang pada jarak dua kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata remaja berkenaan berjalan dalam keadaan kepenatan serta kelihatan kebingungan ketika ditemui penduduk yang kebetulan melalui kawasan kampung itu.

"Penduduk yang menemuinya segera membawa remaja itu pulang ke rumah keluarganya. Melihat keadaannya yang membimbangkan, kami akan membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, keluarga remaja berkenaan bersyukur kerana anak mereka ditemui selamat selepas lebih 24 jam dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, remaja lelaki dipercayai hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak jam 10 malam. Mangsa dikatakan sedang bermain bersama rakannya di gelanggang sepak takraw yang terletak berhampiran rumahnya sebelum masuk ke kawasan semak untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun, mangsa tidak keluar semula menyebabkan rakannya menyangka remaja berkenaan sudah pulang ke rumah.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/01/910867/remaja-hilang-ditemui-kepenatan-bingung

Friday 22 May 2020

WATCH SYIF MALAM RAYA (2020) : Full Movie Online


Watch Syif Malam Raya (2020) : Full Movie Online
Only On http://21.channelpro.xyz/movie/706618/syif-malam-raya…

While transporting a body to Ipoh, Zaid and Hisyam let Mera and Yoh, who are heading back to their hometown for Hari Raya, hitch a ride with them. Strange things begin to happen, and chaos ensues, when they reach a village that is supposedly haunted by a 'pocong', known as a shroud ghost.

Watch Syif Malam Raya (2020) : Full Movie Online
Hanya Di http://21.channelpro.xyz/movie/706618/syif-malam-raya?language=en-US

Sambil membawa jenazah ke Ipoh, Zaid dan Hisyam membiarkan Mera dan Yoh, yang akan pulang ke kampung halaman mereka untuk hari raya, bersama mereka. Perkara-perkara pelik mula berlaku, dan huru-hara, apabila mereka sampai ke kampung yang kononnya dihantui oleh 'pocong', dikenali sebagai hantu kafan.

Filem Syif Malam Raya lakonan bintang YouTube Syahmi, Asif dan Yoe sudah boleh didapati di Astro First, saluran 480 mulai 21/05/2020.

Walaupun masih kurang 24 jam ditayangkan, file mini sudah mula mendapat sambutan hangat dari penonton yang sudah lama ingin melihat lakonan tiga sekawan itu.

Ternyata filem ini tidak mengecewakan apabila ramai yang sudah mula memberikan komen-komen positif terhadap Syif Malam Raya.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya menyukai jalan cerita dan lawak bersahaja yang ditunjukkan oleh Syahmi, Asif dan Yoe bersama kumpulan Zero yang dianggotai oleh Atu, Sharif dan Syaiful.

Tuesday 18 February 2020

MISTERI LALUAN GUA SEJUK #GuaMusang #Kelantan #misteri #kemalangan #mistik #gua #BigData #500pxrtg @nyonyacyber @norehamohd @TheAirTimes @twt_pkb @CaptRahmat @TabibFaisal @sambeema @sikri_mohd @hasrigm1 @JKRMalaysia @JPJ_Malaysia @PDRMsia @PDRMsia_Trafik


































"Balik kampung nanti kita wajib ikut  LALUAN GUA SEJUK", Inilah ayat yang selalu disebut-sebut oleh mak ayah kalau orang Kelantan yang berhijrah pulang ke kampung halaman (Utara Kelantan). Misteri Gua Sejuk mempunyai cerita-cerita yang tersendiri, ada juga kes-kes kemalangan yang melibatkan nyawa. Cerita yang paling populor adalah penampakan kelibat wanita bertubuh kecil membawa anak kecil di kaki bukit. Korang ada cerita best tak pasal laluan-laluan misteri di Gua Musang.

JOM KONGSIKAN DI RUANGAN KOMEN!

dan admin akan masukkan dalam artikel alaminimisteri.blogspot


NAMPAK MAK TAK ACAP? MISI PENCARIAN ACAP MASIH BUNTU



MISTERI kehilangan Mohamad Ashraf Hasan, yang sudah memasuki hari ke-11 ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak masih menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia yang bimbang dengan nasib yang menimpanya.

Lebih menghibakan, video rintihan ibu kepada pemuda berusia 29 tahun yang lebih mesra dengan sapaan Acap yang memanggilnya ketika menyertai pasukan mencari mengundang sebak netizen.

Kehilangan Acap sejak 23 Mac lalu juga telah menimbulkan pelbagai versi dalam kalangan netizen yang membincangkan punca dia 'ghaib' tanpa sebarang petunjuk termasuk dikatakan disembunyikan oleh bunian.
Usaha, doa dan tawakal kepada Allah menjadi pegangan kepada sukarelawan dalam usaha mencari Acap  Foto Ihsan Facebook TOK ANJANG

Malah turut diceritakan pelbagai kejadian misteri berlaku kepada sukarelawan yang menyertai misi pencarian Acap di lokasi kejadian seperti diganggu makhluk halus serta penampakan kelibat serta pelbagai lagi.

Salah seorang sukarelawan itu, Amiruddin Daud, 58 ketika dihubungi mStar Online turut berkongsi pengalaman menyeramkan sepanjang beberapa hari misi pencarian itu.

Amiruddin atau lebih dikenali sebagai Tok Anjang berkata, gangguan di dalam hutan sebenarnya adalah perkara biasa, tambahan pula ia menjadi tempat tinggal makhluk yang tidak dapat dilihat mata kasar manusia.
Sukarelawan giat mencari Acap sehingga ke Bukit Batu Putih Gopeng.

Enjin motosikal, lagu berentak Inang peneman pencarian Acap

Pun begitu kata Tok Anjang, ketika misi pencarian Acap, beberapa kenalannya yang turut mengikuti misi itu telah berhadapan dengan situasi cemas termasuk didatangi oleh seorang lelaki tua yang cuba memberi alamat tentang keberadaan Acap.

"Ada rakan Tok Anjang ni tidak percaya kepada perkara mistik tetapi akhirnya dia sendiri yang kena apabila didatangi seorang lelaki tua ketika kami sedang khusyuk membaca al-Quran dan berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah.

"Tidak mengesyaki apa-apa, lelaki itu mendekatinya dan cuba memberi petunjuk tentang keadaan dan tempat Acap disembunyikan sebelum menghilangkan diri.

"Lebih pelik tiada siapa di antara kami yang perasan akan kehadiran lelaki tua itu sebelum dia hilang dari pandangan rakannya itu," ceritanya lagi.

Tidak cukup dengan itu, kata Tok Anjang, sepanjang berada dalam hutan terdapat kejadian mereka tiba-tiba disentuh pada bahagian kepala atau bahu.

"Terlihat kelibat makhluk mungkin biasa tetapi ketika mencari Acap kami pernah terdengar bunyi enjin motosikal serta lagu tradisional berentak Inang yang membuatkan kami saling berpandangan antara satu sama lain.

Kumpulan 30 ustaz masuk hutan bantu cari Acap
Bacaan Surah Al-Baqarah dan ayat Ruqyah sentiasa diamalkan ketika memulakan misi pencarian.

"Pada akhirnya kita berpegang pada satu bahawa misi kami adalah untuk membawa Acap pulang dengan selamat dan semua gangguan itu anggap sahaja ujian daripada Allah," katanya yang mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti mendaki gunung dan merentas hutan.

Bercakap mengenai misteri kehilangan Acap kerana disorok bunian, Tok Anjang tidak menolak kemungkinan itu kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

Malah katanya, seramai 30 ustaz dan pakar dalam perubatan Islam telah dibawa masuk ke hutan tersebut dalam usaha membawa pulang Acap dengan selamat tetapi setakat ini masih gagal.

"Mungkin ada yang kata ia mengarut tetapi bunian ini memang wujud dan ia juga makhluk ciptaan Allah... Sebelum ini juga pernah ada kejadian dua minggu seorang lelaki hilang tanpa dikesan namun akhirnya dijumpai walaupun usaha mencari ditempat dia dijumpai dilakukan lebih awal lagi.

"Usaha adalah penting buat masa ini dan Alhamdulillah setakat ini sahaja 30 ustaz tampil membantu sama-sama masuk ke hutan, panjat bukit dalam misi mencari Acap.

"Beberapa siri perbincangan dengan bunian juga telah dilakukan, namun sehingga kini nampaknya usaha itu gagal kerana enggan melepaskan Acap," katanya.

Acap dari Muar, Johor bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer sebelum kehilangannya disedari oleh rakannya meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.

Kredit : mstar

ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL AKIBAT SERANGAN JANTUNG


JAKARTA: Pelakon, Ashraf Sinclair, 40, suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.

Portal berita KOMPAS.com melaporkan, perkara itu disahkan pengurus BCL, Doddy.

"Serangan jantung," kata Doddy, melalui pesan ringkas awal pagi ini.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.

Berita kematian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, itu mengejutkan banyak pihak dan laman Instagram arwah dibanjiri ucapan takziah.

"Semoga dipermudah semua urusannya, semoga dikuatkan keluarganya. Still can't believe this is happening," tulis pelakon Dian Sastrowardoyo melalui akaun Instagram @therealdisastr.

Begitu juga di laman Instagram BCL, di mana ramai rakan artis menyampaikan ucapan takziah.


Ashraf dilahirkan di London, England pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf Sinclair kemudian meneruskan kariernya di Indonesia dan popular menerusi filem komedi romantis, Saus Kacang, pada 2008 dan beberapa siri sinetron (drama bersiri).

Perkahwinannya dengan BCL dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair. - Agensi

kREDIT : bharian

KISAH BENAR SERANGAN LANGSUIR DI KAMPUNG PENAGA, JERTEH


SEKITAR November 2013, penduduk Kampung Penaga Putar di Jerteh, Terengganu mendakwa terserempak dengan hantu langsuir yang terbang merayau sambil mengilai dengan suara menyeramkan di kawasan mereka.

Cerita kewujudan hantu itu pantas mencetuskan ketakutan dan rasa seram dalam kalangan masyarakat setempat sehingga menyebabkan mereka tidak berani keluar rumah pada waktu malam.

Penduduk yang melihat sendiri kelibat hantu itu menggambarkan makhluk halus terbabit dengan tinggi separas pinggang, berambut panjang, memiliki dua taring di bibir bawah dan badan berwarna merah serta menampakkan isi daging manusia. Hantu itu juga mampu terbang terawang sambil mengilai sehingga menyebabkan bulu roma sesiapa yang mendengarnya meremang.

Selain Kampung Penaga Putar, kelibat langsuir itu turut menakutkan penduduk Kampung Tasek dan tiga kampung daerah sempadan Pasir Puteh, Kelantan iaitu Kampung Gong Pasir, Kampung Gong Tinggi dan Kampung Gong Lapang.


Selepas beberapa hari cerita mistik itu mencetuskan rasa takut dan seram dalam kalangan penduduk, akhirnya akhbar tempatan melaporkan seorang bomoh berjaya menangkap empat langsuir terbabit. Menurut laporan, semua makhluk halus itu akan dihantar kembali ke alam mereka selepas 40 hari dipasung.

Kisah kewujudan langsuir di Jerteh itu bukanlah kali pertama diceritakan di negara ini kerana kepercayaan masyarakat terhadap pelbagai jenis hantu sudah berakar sejak ratusan tahun lalu. Malah, pegawai British di Tanah Melayu suatu ketika dulu, Sir William Maxwell, pernah merekodkan kepercayaan masyarakat Melayu silam terhadap langsuir dan kaedah khurafat untuk menanganinya seperti catatan beliau (terjemahan):

"Jika seorang wanita mati akibat melahirkan bayi sama ada sebelum atau selepas bayi itu dilahirkan dan sebelum tamat 40 hari tempoh pantang, dia akan menjadi langsuir iaitu hantu terbang berupa wanita putih atau roh perempuan.

"Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, beberapa biji tasbih kaca diletakkan dalam mulut jenazah, telur ayam diletak di celah ketiak dan jarum diletak di telapak tangan. Perbuatan itu dipercayai dapat mengelakkan jenazah wanita itu menjadi langsuir kerana dia tidak dapat membuka mulut untuk mengilai atau menggerakkan lengan dan tangannya untuk terbang".


Pontianak.
Dalam kepercayaan lama masyarakat Melayu, hantu langsuir berbeza dengan pontianak kerana pontianak atau turut disebut sebagai `matianak' atau `kuntilanak' adalah jelmaan hantu bayi perempuan yang mati ketika dilahirkan. Dengan erti kata lain, langsuir adalah hantu ibu kepada pontianak.

Pontianak dapat berubah daripada makhluk halus kepada jasad kekal dengan memaku lehernya dan ia berubah menjadi hantu sundel bolong yang berupa seperti gadis.


Pocong.
Selain langsuir dan pontianak, masyarakat Melayu lama turut mempercayai kewujudan pelbagai lagi jenis hantu, antaranya penanggal (hantu kepala perempuan yang menghisap darah wanita bersalin); pocong (hantu mayat berbalut kain kafan); toyol (hantu janin bayi), hantu air, hantu galah, hantu kumkum, hantu kubur dan pelbagai lagi. Ada juga hantu menjadi `makhluk suruhan' bomoh atau dukun ilmu hitam seperti polong, saka, pelesit dan hantu raya.

Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim AlAzhari, berkata hantu dalam alam Melayu sememangnya wujud tetapi hakikat sebenarnya, makhluk itu adalah jin.

"Tiada manusia boleh melihat wajah jin yang sebenar tapi jin boleh bertukar daripada rupa asal mereka untuk muncul di hadapan manusia. Ia dikenali sebagai jelmaan dan jelmaan inilah mewujudkan hantu seperti pontianak, pocong, langsuir dan sebagainya," katanya.


Toyol.
Mengulas kepelbagaian jenis dan bentuk hantu, beliau berkata, jin diberikan kelebihan oleh Allah SWT untuk berubah kepada pelbagai bentuk mengikut tanggapan manusia.

"Jin pun ikut peredaran zaman, zaman dulu orang takut hantu kubur, maka jin menjelma sebagai hantu kubur tapi zaman sekarang di atas kubur pun sudah ada tempat berehat. Sebagai contoh, wujud hantu pocong sebab dulu banyak hutan. Sekarang jarang sangat kes nampak hantu macam dulu. Sekarang jin ganggu macam lain pula seperti histeria atau sihir," katanya yang menubuhkan pusat rawatannya di Alor Setar, Kedah.

Katanya, hantu di negara Barat misalnya digambarkan berbeza dan tidak seperti gambaran hantu Melayu disebabkan jin terbabit menjelma mengikut budaya dan pandangan masyarakat di sana.

Beliau berkata, tujuan jin menjelma sebagai hantu sebenarnya supaya manusia lebih takut kepada mereka melebihi Allah SWT dan ia boleh menyebabkan seseorang itu syirik.

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat gangguan hantu atau jin yang memudaratkan manusia, malah ada beberapa kes sehingga menyebabkan kematian terutamanya membabitkan sihir.

Katanya, gangguan hantu atau jin sebenarnya dapat diatasi manusia jika seseorang itu mempelajari ilmu perubatan Islam dan mengetahui hal ehwal makhluk halus.

"Nasihat saya, tuntutlah ilmu perubatan Islam sebagai pendinding dan jangan biar gangguan sudah terkena kepada anak dan isteri kita, baru hendak belajar. Ramai yang membaca al-Quran tetapi masih kena gangguan. Membaca al-Quran saja akan dapat pahala tetapi untuk menjadikan ayat al-Quran sebagai pendinding, kita perlu berguru. Guru dapat mengajar kita petua, cara baca, kaifiat dan tatacara untuk tujuan itu," katanya yang berpengalaman mengubati pesakit gangguan makhluk halus selama 15 tahun.

Kredit : bharian

[5TRAILER] FILEM PALING SERAM BAKAL DITAYANGKAN PADA TAHUN 2020

The Grudge: 3 Januari 2020
Jika kamu fikir filem original The Grudge ini sudah sangat menyeramkan, bayangkan bagaimana pula remake filem ini dengan kesan khas dan suntingan yang semakin hebat sejak tahun 2004.




The Turning: 24 Januari 2020
Filem ini diadaptasi daripada novel Henry James: The Turn of the Screw. Lakonan Finn sangat real untuk filem seram seperti ini.




The Invisible Man: 28 Februari 2020
Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang dihantui oleh bekas kekasihnya selepas dia membunuh diri. Dan dia ditawarkan sebanyak 5 juta dolar di dalam wasiatnya jika berjaya buktikan she’s mentally competent.




A Quiet Place Part II: 20 Mac 2020
Plot untuk sekuel filem ini masih belum diketahui, tetapi ia sudah habis penggambaran dan akan ditayangkan bermula Mac 2020.




The Organ Donor: 15 Mei 2020
Kamu peminat filem Saw? It’s back! Ini adalah filem ke-9 daripada franchise Saw dan ia dilaporkan akan memberi nafas dalam industri perfileman seram dunia.

Lain-lain