Monday 15 October 2018

[VIDEO] MISTERI SUNGAI GABAI, SARANG MAKHLUK HLUS (PARANORMAL)

Assalamualaikum w.b.t
Sudah lama admin AIM tidak menulis, semalam AIM lepak sorang-sorang kat rumah dambil layan youtube. Di ruangan search tu AIM taip misteri Sungai Gabai, entah apa masalah tiba-tiba terlintas nak taip Sungai Gabai hehe.. Sungai Gabai terletak di Daerah Hulu Langat, Selangor.

Sungai Gabai mempunyai pelbagai kisah menarik, tragis dan misteri, apapun AIM pernah kesana masa muda-muda dulu, sekarang pun masih muda lah🤣. Ok..ok berbalik pada cerita Sungai Gabai yang AIM search dalam Youtube semalam. AIM rasa nak klik je kat satu video yang tajuknya " Orang Lemah Semangat Jangan Tengok"...urmmm AIM pun lemah semangat gak, tapi buat rilek je.Orang cakap Sungai Gabai ni sarang makhluk halus..👹

Video berdurasi lebih kurang  30 minit tu menggambarkan situasi team2 pencari paranormal agak kelam kabut, huhu..nak cari tapi kelam kabut..Apapun korang memang terbaik, kalau AIM, confirm2 AIM tak pegi sorang tanpa rakan2 yang lain.

Jom saksikan video ini :


Dalam dunia ni macam2 perkara aneh berlaku dan kita(manusia) tidak sendirian.

[VIDEO] JENAZAH IBU TIMBUL SELEPAS SEBULAN DIKEBUMIKAN

HUJAN lebat dipercayai punca jenazah yang masih lengkap berkain kapan naik ke permukaan kubur yang menggemparkan penduduk di Pontianak, Indonesia, sejak Isnin lalu.

Jenazah berkenaan ditemui orang ramai di atas kubur di Pemakaman Umum Jalan Hasanudin, Kelurahan Sungai Jawi Luar, Pontianak Barat, Isnin lalu.

Menurut Jawa Pos, jenazah itu ditemui dalam posisi terlungkup di permukaan tanah dan berita penemuan jenazah berkain kapan itu merebak pantas, termasuk melalui media sosial menyebabkan orang ramai berpusu-pusu ke tanah perkuburan itu.

Seorang penduduk tempatan, Rio, berkata jenazah itu ditemui penduduk yang datang memotong rumput untuk makanan ternakan di kawasan perkuburan itu sebelum penemuan itu dilapor kepada polis.

Polis yang datang kemudian mengawal lokasi kejadian sehingga keluarga jenazah berkenaan datang.

Menurut penduduk, hujan lebat berlaku di Pontianak sejak beberaoa hari lalu dan peningkatkan paras air dalam tanah dipercayai menyebabkan jenazah berkenaan naik ke permukaan.

Ketua Polis Sektor Pontianak Barat, Komisioner Bermawis, berkata: “Siasatan mendapati jenazah itu dikebumikan sebulan yang lalu.

“Keluarga memberitahu ia adalah jenazah ibu mereka.”

Menurutnya, polis menjangka mayat itu timbul kerana air pasang dan bagi mengelak keadaan kecoh serta khabar angin tidak betul, jenazah berkenaan dikebumikan semula.

Lain-lain