Tuesday, 18 February 2020
ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL AKIBAT SERANGAN JANTUNG
JAKARTA: Pelakon, Ashraf Sinclair, 40, suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.
Portal berita KOMPAS.com melaporkan, perkara itu disahkan pengurus BCL, Doddy.
"Serangan jantung," kata Doddy, melalui pesan ringkas awal pagi ini.
Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.
Berita kematian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, itu mengejutkan banyak pihak dan laman Instagram arwah dibanjiri ucapan takziah.
"Semoga dipermudah semua urusannya, semoga dikuatkan keluarganya. Still can't believe this is happening," tulis pelakon Dian Sastrowardoyo melalui akaun Instagram @therealdisastr.
Begitu juga di laman Instagram BCL, di mana ramai rakan artis menyampaikan ucapan takziah.
Ashraf dilahirkan di London, England pada 18 September 1979.
Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.
Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.
Ashraf Sinclair kemudian meneruskan kariernya di Indonesia dan popular menerusi filem komedi romantis, Saus Kacang, pada 2008 dan beberapa siri sinetron (drama bersiri).
Perkahwinannya dengan BCL dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair. - Agensi
kREDIT : bharian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lain-lain
-
Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/) WonBin: Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara....
-
*Nama asal Cik Wan Kembang *Kematian ayah sejak usia empat tahun *Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah *Menjadi r...
-
Gambar Entiti Paranormal Dirakamkan Di Highland Towers (Mesti Baca) ketahui lebih lanjut di http://penyingkapfakta666.blogspot.com/ Ki...
-
1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak Pontianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia...
-
Jadikan Insiden ‘Bunyi Aneh Dari Langit’ Iktibar, Pengajaran | ‘Suara aneh dan menakutkan dari langit’ yang berlaku di Kota Samarahan, Sar...
-
KISAH menyayat hati ini kami siarkan sesuai dengan isu semasa yang dipaparkan, tentang gejala sosial muda-mudi, anak-anak kita yang sudah ...
-
Gambar Hiasan B erikut adalah enam (6) tanda tanda kehadiran makhluk halus. Makhluk halus ialah sejenis makhluk yang tidak boleh diliha...
-
J ika anda berjalan ditepian sungai dan melihat sampah terapung, anda mungkin akan akan meluat. Pencemaran adalah yang amat menjijikkan, s...
-
Sumber dari Palingseru.com – Banyak cerita dan kisah mengenai hantu atau setan yang suka berhubungan seks dengan manusia nah salah satuny...
-
Asal Usul Penanggal Penanggal menurut kepercayaan ramai adalah manusia biasa tetapi sebagai balasan atas permintaannya Yang telah dipenuh...


ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^
ajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.biz...^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856