Filem realiti seram, Highland Tower terbitan MIG (Metrowealth) mengundang kejutan apabila ada penonton filem ini terkena histeria sewaktu menontonnya di pawagam.
Bagaimanapun, sebelum penonton mengalami pengalaman sebegitu, setiap pelakon filem ini iaitu Mikael Andre, Niezam Zaidi, Shima Anuar, Eddy Rauf, AtikahSuhaimi, Adibah Yunus dan Zairi Zainal sudah pasti telah mengharungi pengalaman menakutkan sebelum dan selepas penggambaran.
Apa yang pasti, dua pelakon yang dirasuk dalam filem berkenaan iaitu Shima Anuar dan Atikah Suhaimi telah bercerita keadaan mereka apabila dirasuk.Pengakuan Sebenar Pelakon Highland Tower Dirasuk!
Shima Anuar (Watak Hos)
“Setalah tiba dilokasi penggambaran, saya tertarik pada lukisan bulan mengambang yang cantik pada waktu maghrib. Lepas itu, badan saya rasa lain macam dan jantung berdegup kencang.
“Menurut pelakon lain, waktu itu saya terus tidak bercakap lagi dan nampak lain. Rupa-rupanya waktu itu saya sudah pun dirasuk.”
Atikah Suhaimi (Watak Pemegang Cliper)
“Ketika rakaman dilakukan, secara tiba-tiba, saya melihat Shima menari. Selepas itu, saya terus menangis dan menjerit macam histeria.Waktu itu juga, saya berasa seperti di awangan dan tidak sedarkan diri.
“Saya tidak ingat apa yang berlaku ke atas diri saya. Apabila saya sedar, saya telah ditenangkan oleh pelakon lain. Apapun, selepas kejadiantersebut, saya sering bermimpi.
“Dalam mimpi tersebut, saya nampak seorang wanita yang tinggal di tingkat 6 blok di Highland Tower. Dia sering menghantui saya dan terus-terang, ini adalah pengalaman yang sukar saya lupakan.”
Sumber : Murai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lain-lain
-
Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/) WonBin: Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara....
-
Tiap negara memiliki hantu khas daerahnya masing-masing. Bisa dipahami karena keberadaan legenda memedi yang biasanya merupakan kepercayaan ...
-
"Balik kampung nanti kita wajib ikut LALUAN GUA SEJUK", Inilah ayat yang selalu disebut-sebut ...
-
Berikut 5 Hantu Paling Menyeramkan di Filipina 1. Aswang Aswang (atau Asuwang) adalah makhluk mitologi menyerupai vampir yang ada dalam c...
-
Watch Syif Malam Raya (2020) : Full Movie Online Only On http://21.channelpro.xyz/movie/706618/syif-malam-raya… While transporting a b...
-
JAKARTA: Pelakon, Ashraf Sinclair, 40, suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), meninggal dunia a...
-
GUA MUSANG: Remaja lelaki yang hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, malam kelmarin, ditemu...
-
MISTERI kehilangan Mohamad Ashraf Hasan, yang sudah memasuki hari ke-11 ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak...
-
KISAH menyayat hati ini kami siarkan sesuai dengan isu semasa yang dipaparkan, tentang gejala sosial muda-mudi, anak-anak kita yang sudah ...
-
SEKITAR November 2013, penduduk Kampung Penaga Putar di Jerteh, Terengganu mendakwa terserempak dengan hantu langsuir yang terbang meray...

No comments:
Post a Comment