Sunday 23 February 2014

[4 GAMBAR] CACING GERGASI PANJANG 2 METER

Giant Gippsland adalah cacing tanah terbesar di dunia dengan panjang mencapai 2 meter. Cacing raksasa ini boleh didapati di Gippsland di tenggara Australia. Sama saperti cacing pada umumnya, Giant Gippsland berjalan dengan merayap dan mempunyai tekstur yang lembut. Mereka cukup sukar untuk ditemui, kerana menghabiskan sebahagian besar hidup mereka jauh di bawah tanah. Kadar air yang lebih tinggi dalam tanah membantu mereka bernafas lebih baik. Liang mereka boleh sedalam 3 hingga 5 meter di bawah permukaan tanah. Kadang-kala, hujan lebat memaksa mereka untuk muncul di permukaan tanah.


Walau pun kelihatan menakutkan bagi sesetengah orang, makhluk ini cukup rapuh, pengendalian dengan cara yang kasar dapat menghancurkan dan membunuh mereka. Hanya jenis tanah lembab tertentu yang sesuai untuk kelangsungan hidup mereka. Jika anda kebetulan berjalan di atas permukaan berisi air mereka, mereka akan bertindak balas getaran langkah kaki anda dengan bergerak dan membuat suara-suara yang cukup mudah untuk di dengari. Walaupun Gippsland Giants amat jarang ditemui, anda akan dengan mudah mengetahui ketikajika mereka berada di kawasan sekitar.

No comments:

Post a Comment

Lain-lain