Tuesday 16 December 2014
RUMAH HANTU PALING SERAM DI DUNIA
Rumah hantu merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tempat pengunjung untuk mencuba pengalaman yang menyeramkan. Terdapat sebuah rumah hantu yang paling seram dan ia terletak di negara Jepun.
Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untukmemberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.
Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.
Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.
Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.
Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.
Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lain-lain
-
Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/) WonBin: Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara....
-
BERIMAN kepada Allah yang Maha Pencipta lagi Maha Pengatur sesuatu perkara merupakan satu rukun iman yang wajib dipercayai bagi setiap...
-
Gambar Entiti Paranormal Dirakamkan Di Highland Towers (Mesti Baca) ketahui lebih lanjut di http://penyingkapfakta666.blogspot.com/ Ki...
-
KISAH menyayat hati ini kami siarkan sesuai dengan isu semasa yang dipaparkan, tentang gejala sosial muda-mudi, anak-anak kita yang sudah ...
-
GAMBAR HIASAN Cerita ini dikatakan telah terjadi kepada seorang pemuda yang memandu seorang diri dari Kuala Lumpur ke Machang, Kelantan....
-
TAMAN ARCA VEIJO RONKKONEN FINLAND Taman arca Veijo Rönkkönen salah satu tempat paling mengerikan di Finland, ia terletak di pedalaman hut...
-
Cerita ini boleh dikongsi untuk sama menjadi pengajaran. Begini ceritanya… Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya...
-
Tiap negara memiliki hantu khas daerahnya masing-masing. Bisa dipahami karena keberadaan legenda memedi yang biasanya merupakan kepercayaan ...
-
SELAIN terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa, mandi menggunakan air bukit dan terpaksa membuang air besar atau kecil di hadapan as...
-
M ungkin ada yang tak sanggup baca info ni kalau dah lewat malam. Apatah lagi kalau dok seorang diri. Apapun, jangan risau, yakin adanya ...
No comments:
Post a Comment