Monday 13 April 2015

[5 GAMBAR] TEMPAT PALING BERPUAKA DI MALAYSIA


Mungkin ada yang tak sanggup baca info ni kalau dah lewat malam. Apatah lagi kalau dok seorang diri. Apapun, jangan risau, yakin adanya Allah S.W.T., Insya Allah kita selamat dari gangguannya. Ini antara info terbaru yang ammboi terbaca dari blog ini lagi. Kononnya ada ranking, Senarai Top 5 – Tempat Paling Berhantu Di Malaysia? Betulke? Jom lihat senarai berkenaan dibawah:

1. Highland Towers

Highland Towers

Pada 11 Mac 1993, bertempat di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, salah satu blok Highland Tower runtuh. Seramai 48 orang menjadi mangsa korban. Berikutan kejadian tersebut, 2 lagi blok dikosongkan sejurus sahaja selepas kejadian. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang yang tersenarai di Wikipedia manakala mangsa yang selebihnya, terus terkubur di tapak itu. Mungkin, atas sebab itulah tempat ini “berhantu”. Pernah juga Ceciter Misteri mendengar pengalaman dari pemandu teksi yang menghantar penumpang di daerah ini namun apabila sampai di lokasi yang dituju, “penumpang yang kebiasaannya duduk di tempat duduk belakang akan ghaib!!


2. Banglo Mona Fandey

Banglo Mona Fandey

Nama Mona Fandey atau Maznah Ismail agak popular pada awal 90-an kerana kes bunuh ahli politik, Mazlan Idris. Mayat Mazlan Idris ditemui tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan dengan banglo ini yang terletak di Pahang. Mona merupakan seorang penyanyi pop dan dipercayai mengamal ilmu batin. Pada tahun 2001, Mona dan 2 lagi orang dijatuhi hukuman gantung dan hukuman tersebut dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang.


3. Kemayan City

kemayan city

Kemayan City Mall. Hmm…. Nama juga sudah mendatangkan perasaan seram. Terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Tidak banyak yang kami dapat selongkar tentang latar belakang bangunan ini namun, apa yang selalu kami dengar, ‘mangsa’ bangunan ini selalunya warga Singapura. Benarkah? Berikut adalah kisah yang biasa diceritakan.

Sebuah keluarga yang berasal dari Singapura menghadiri kenduri saudara mereka di Johor. Sewaktu pulang dari kenduri pada lewat malam, mereka terlihat sebuah pusat membeli-belah yang terang bercahaya dan kelihatan meriah. Mereka mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bangunan itu dan bershoppingsakan. Selesai membeli-belah semahunya, mereka segera pulang ke Singapura memandangkan hari semakin lewat. Sampai sahaja di rumah, alangkah terkejutnya mereka apabila barang-barang yang diletakkan di dalam but ghaib dan duit ‘baki’ yang diberi jurujual tidak lagi berada di dalam poket. Yang ada hanyalah dedaun kering. Keesokannya siang, mereka pergi bangunan itu sekali lagi dan mendapati bahawa bangunan itu sememangnya kosong.


4. Lebuhraya Karak

Lebuhraya Karak

Tidak lengkap sebuah artikel seram itu jika tidak dikaitkan dengan Lebuhraya Karak yang dipercayai penuh dengan misteri. Lebuhraya tersebut juga menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Siapa yang tidak pernah dengar akan kisah Volkswagen Kuning ataupun Iswara putih. Sudah berapa banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terowong di Genting Sempah?


5. Villa Nabila

Villa Nabila Johor Bharu

Sebuah lagi lokasi berhantu di daerah Johor Darul Ta’zim. Ianya terletak berdekatan dengan Bukit Serene, berhampiran Straits View Hotel dan menghala Dataran Johor Bahru. Kami mendapat 4 versi kisah banglo ini dari dalam laman web namun, tiada satu pun yang dapat mengesahkan kisah sebenar dibelakang misteri banglo ini

Versi 1 – Sebuah keluarga yang kaya dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Nabilla. Oleh kerana terlalu menyayangi anak itu, mereka menamakan rumah tersebut dengan Villa Nabilla. Suatu hari, rumah mereka dirompak oleh sekumpulan penjenayah yang kemudiannya membunuh kesemua penghuni manakala mayat anak perempuan itu disimen di dalam dinding/lantai rumah tersebut. Misteri terungkai apabila mereka yang diganggu meminta pertolongan dari ‘orang bijak pandai’ yang berjaya mengeluarkan mayat Nabilla. Kejadian yang berlaku dipercayai bersangkut paut dengan dendam dan iri hati ibu tiri Nabilla.

Versi 2 – Keluarga Nabilla adalah golongan berada dan mereka hidup dalam keadaan harmoni. Tanpa diketahui sebab musababnya, suatu hari bapa Nabilla mengamuk dan menembak semua orang di dalam banglo tersebut dan kemudian membunuh dirinya sendiri.

Versi 3 – Keluarga Nabilla telah dirompak dan Nabilla telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Mayatnya ditanam di dinding rumah tersebut.

Versi 4 – Ada sekeluarga yang bahagia tinggal di villa itu. Keluarga itu dianugerahkan pewaris kekayaan dan dialah si jantung hati kepada kedua orang tuanya. Nabilla nama diberi. Tidak diketahui latar belakang keluarga itu. Nabilla telah di bunuh dengan kejam oleh amah di rumah itu. Mayatnya di simenkan di dinding rumah tersebut. Menurut cerita saksi yang pernah masuk ke dalam rumah itu, terdapat sebuah kolam renang dan segala perabot masih ada serta dalam keadaan baik. Terdapat juga gambar-gambar Nabilla di atas meja ruang tamu.

Sumber : http://www.ammboi.com/2013/11/18/senarai-top-5-tempat-paling-berhantu-di-malaysia/#

1 comment:

  1. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/benarkah-pria-lebih-suka-wanita-kurang.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    • Bandar66
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete

Lain-lain