Pada mulanya kemunculan gambar ini memang mengerikan, dan ada yang tidak percaya. Sekitar awal tahun 2000, seorang guru sejarah telah melakukan research mengenai gambar tersebut dan mengakui cerita di sebalik gambar ini. Pada tahun 1920an ada seorang gadis berusia 17 tahun yang berasal dari keluarga yang kaya. Dia telah menemui lelaki idamannya. Lelaki tersebut berusia 19 tahun dan seorang yang cukup digilai di kampung tersebut kerana dia seorang yang tampan. Tanpa berlengah gadis ini melangsungkan pertunangan dengan si lelaki. Malangnmya sebelum upacara pernikahan sempat dijalankan, si gadis telah meninggal dunia kerana demam yang teruk. Dan mengikut tradisi di sana, lelaki harus juga berkahwin dengan gadis ini walaupun dia telah mati. Kerana enggan, lelaki ini melarikan diri dan menjadi seorang tentera.
Namun dengan harta dan pengaruh yang besar, keluarga gadis berjaya menemui dan membawa pulang lelaki tersebut. Nak tak nak lelaki tersebut dipaksa juga untuk berkahwin dengan gadis yang telah mati itu. Mayatnya dijaga dengan baik. Gambar ini diambil setelah 6 hari gadis itu mati. Pada waktu malam, mayat gadis didirikan dengan menggunakan sebuah papan. Jika diperhatikan dengan teliti, kelihatan kaki gadis tidak menyentuh tanah dengan baik. Suasana hujan lebat dan guruh sabung menyabung ketika gambar ini diambil.
Gambar durjana ini dikatakan disumpah kerana lelaki itu sangat tidak menginginkan perkahwinan tersebut. Dan si gadis ketika hidup benar-benar ingin menikahi lelaki tersebut. Kerana kemiskinan, keputusan keluarga gadis tidak dapat ditolak.
Dikatakan, jika kita merenung gambar ini untuk beberapa lama, dan jika gadis (mayat) di dalam gambar ini tiba-tiba tersenyum, bermakna sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda.
Sumber : http://www.ammboi.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lain-lain
-
Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/) WonBin: Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara....
-
SEKITAR November 2013, penduduk Kampung Penaga Putar di Jerteh, Terengganu mendakwa terserempak dengan hantu langsuir yang terbang meray...
-
Cerita ini boleh dikongsi untuk sama menjadi pengajaran. Begini ceritanya… Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya...
-
1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak Pontianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia...
-
Ada yang ambil remeh tentang ini..bila ditegur mereka akan kata jangan terlalu taksub, tetapi sedarkah kita sedang menyokong agenda mereka.A...
-
Keratan akhbar S ekitar tahun 1995,Johor Bahru di gemparkan dengan kemunculan Hantu Lilin di Dataran Bandaraya Johor Bahru.Kisah bermula...
-
Berikut 5 Hantu Paling Menyeramkan di Filipina 1. Aswang Aswang (atau Asuwang) adalah makhluk mitologi menyerupai vampir yang ada dalam c...
-
Gambar Entiti Paranormal Dirakamkan Di Highland Towers (Mesti Baca) ketahui lebih lanjut di http://penyingkapfakta666.blogspot.com/ Ki...
-
APA saja yang disebut sebagai keajaiban memang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila kisah di sebalik...
-
Watch Syif Malam Raya (2020) : Full Movie Online Only On http://21.channelpro.xyz/movie/706618/syif-malam-raya… While transporting a b...

No comments:
Post a Comment