Seramai 14 anak muda termasuk empat wanita ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) selepas dipercayai menyertai parti liar di sebuah apartment di Jalan Hamzah, semalam.
Semua suspek berusia 17 hingga 25 tahun itu ditahan dalam serbuan bersepadu yang turut disertai oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kira-kira pukul 10.30 pagi.
Semasa serbuan dilakukan di sebuah bilik di tingkat 17 bangunan itu, hampir keseluruhan mereka berada dalam keadaan khayal akibat pengambilan dadah jenis pil kuda.
Difahamkan, parti liar itu diadakan bermula lewat malam hingga ke pagi dengan diiringi muzik kuat bagi meraikan seorang rakan mereka.
Walau bagaimanapun, rakan mereka yang diraikan terlebih awal meninggalkan bilik sebaik parti tamat, manakala yang lain masih berada di bilik terbabit kerana dikatakan khayal akibat pengaruh dadah.
Seorang gadis berusia 25 tahun yang terlibat dengan parti itu memberitahu, dia menyertai parti tersebut pada pukul tiga pagi setelah diajak oleh rakannya.
“Hari ini saya tidak bekerja jadi datang ke bilik ini untuk berhibur bermula pukul 3 pagi tadi. Saya tidak mengambil dadah, saya hanya menghisap rokok sahaja,” katanya.
Pembantu Hal Ehwal Islam JAHEIK, Mat Jusoh Seman berkata, pihaknya menerima makluman daripada pihak MPKB-BRI berhubung beberapa orang lelaki dan perempuan bukan muhrim berada dalam sebuah bilik di tingkat 17 bangunan ini.
“Setibanya di bilik berkenaan pihak penguatkuasa terpaksa mengetuk pintu bilik kira-kira 30 minit sebelum dibuka. Pemeriksaan di bilik terbabit kita menemui 10 lelaki dan empat wanita.
“Kesemua mereka ditahan dan dibawa pejabat JAHEIK untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 9 (3) dan (4) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan kerana khalwat beramai-ramai,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Kelantan, Aman Mustapha berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati kesemua gadis terbabit serta lapan lelaki lain berada di bawah pengaruh dadah
“12 daripada suspek yang ditahan termasuk empat gadis didapati positif mengambil dadah jenis Amphetamine dan tindakan akan dibuat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah,” katanya. – 26 Mei 2016.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lain-lain
-
Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/) WonBin: Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara....
-
Tiap negara memiliki hantu khas daerahnya masing-masing. Bisa dipahami karena keberadaan legenda memedi yang biasanya merupakan kepercayaan ...
-
Gambar hiasan R oh adalah bagian dari tubuh kita yang tidak dapat dihindari keberadaanya bahkan Allah SWt pun berfirman pada "surat...
-
*Nama asal Cik Wan Kembang *Kematian ayah sejak usia empat tahun *Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah *Menjadi r...
-
Rumah hantu merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tempat pengunjung untuk mencuba pengalaman yang menyeramkan. Terdapat seb...
-
M ungkin ada yang tak sanggup baca info ni kalau dah lewat malam. Apatah lagi kalau dok seorang diri. Apapun, jangan risau, yakin adanya ...
-
Artikel diambil dari http://mirhazilazran.wordpress.com/2009/06/26/michael-jackson-29081958-25072009/ untuk dikongsi bersama. Saya bukanlah ...
-
Gambar ini sebenarnya telah lama tersebar di internet. Namun ramai juga yang menduga bahawa ini adalah gambar rekaan, kerana kesahihannya...
-
GAMBAR HIASAN Cerita ini dikatakan telah terjadi kepada seorang pemuda yang memandu seorang diri dari Kuala Lumpur ke Machang, Kelantan....
-
B agi peminat cerita dan movie seram pasti ramai yang mengetahui ada diantaranya adalah berdasarkan kisah sebenar yang berlaku di sesua...

No comments:
Post a Comment